Categories: Oh Lawa

SCHA X CHRISTY NG, sepatu dan tas tangan wajib digayakan pada lebaran nanti

Khabarnya koleksi terbaru sepatu dan tas tangan Christy Ng yang menampilkan selebriti dan ikon fesyen, Scha Alyahya sebagai rakan kolaborasi kali ini, hampir habis dijual sebelum majlis pelancaran rasminya pada 11 April  lalu di Deep Blue The Face Suites, di Kuala Lumpur.

Tidak dinafikan, penulis sendiri tergoda dan rambang mata melihat koleksi dinamakan SCHA X CHRISTY NG itu dan rasa ingin memiliki kesemuanya.

Koleksi berkenaan bukan saja menawarkan harga berpatutan, malah selesa dan tampak bergaya! Pilihan yang ideal untuk diperagakan pada Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Scha menjadi pilihan Christy Ng, selepas kolaborasi beg tangan dan kasut bersama Yunalis Zarai, mendapat sambutan luar biasa.

SCHA X CHRISTY NG ialah koleksi yang memfokuskan kepada kasut dan tas tangan, hadir dalam 12 rona berbeza untuk melengkapi setiap keadaan dan reka bentuk minimalis anggun.

 

 

Sebagai ibu dan wanita bekerjaya, Scha mencari konsep 3C ketika berfesyen – comfort (keselesaan), convenient (mudah) dan chic (bergaya).

Hasil kerjasama SCHA X CHRISTY NG ini bukan sahaja menampilkan reka bentuk moden dan minimalis, tetapi juga memberi penekanan kepada kualiti, keselesaan dan praktikal.

Edisi terhad koleksi SCHA X CHRISTY NG mempunyai kasut Leda, sepasang pump V-cut dan beg Cali dalam tiga saiz.

Direka dalam potongan klasik, kasut Leda yang dinamakan bersempena dengan puteri Aetolian yang menjadi Ratu Spartan, melambangkan sifat wanita yang kuat, selain nama watak filem kegemaran Scha dan simbolik kepada wanita bergelar ibu.

 

Christy Ng menggambarkan Malaysia sebagai “Itali Asia Tenggara,” dan mengatakan bahawa beliau dan Scha mahu mempamerkan ciri produk berkualiti tinggi yang dibuat oleh artis tempatan.

“Kami mahu memelihara warisan pembuat kasut di negara kita kerana Malaysia antara pengeluar kasut berkualiti dunia,” katanya.

Tapak luar dan dalam kasut Leda diperbuat daripada getah Malaysia dan sangat selesa untuk pemakai, membolehkan mereka melakukan tugasan harian tanpa ada gangguan pada kaki.

Tumit silinder lima inci memberikan kestabilan tambahan kepada pump, menjadikannya sempurna untuk wanita yang sentiasa bergerak dan harganya sangat berpatutan bagi setiap warna iaitu RM199.

Turut mempunyai 12 pilihan warna, koleksi beg Cali ini terbahagi kepada tiga jenis untuk memenuhi cita rasa berbeza pencinta tas tangan. Setiap jenis mempunyai keistimewaan dan keunikan yang tersendiri, ada yang berantai, memiliki ruang besar, comel serta tali yang boleh ditukar ganti.

Berita baik buat pencinta haiwan, beg Cali diperbuat daripada mikrofiber iaitu kulit sintetik bermutu tinggi.

Kasut Leda berharga RM199 dan beg Cali, Cali Mini serta Cali Micro-mini ditawarkan pada harga RM209, RM199 dan RM109 sudah berada di pasaran. Untuk maklumat lanjut, lihat laman web rasmi Christy Ng www.christyng.com

 

 

Yanie Baharom