Categories: Oh Lawa

Selena Gomez Lancarkan Koleksi Pertamanya Untuk Puma Demi Menyokong Wanita Berjiwa Kental

Sejak menjadi duta antarabangsa Puma tahun lepas, Selena Gomez ingin menggunakan platform yang diberikan untuk membuatkan wanita-wanita yang memakai baju sukan rasa kuat dan cantik.

Pelakon dan penyanyi Amerika ini telah banyak kali muncul dalam kempen-kempen jenama baju sukan itu. Tapi akhirnya dia telah design koleksi pertamanya. Yay!

Puma telah mengumumkan nama koleksi ini yang memberi penghormatan kepada initial nama Selena: Strong Girl.

Koleksi ini telah direka khas untuk upgrade pakaian senaman dan relaks anda ke tahap yang lebih tinggi. Ia merangkumi 41 item pakaian dan setiap satu daripadanya mempunyai kedua-dua elemen sporty dan fesyen yang seimbang.

Ada kasut sneakers, seluar bersenam, sports bra (ada satu yang tertulis “Strong inside and out” di atasnya!), jaket, topi dan banyak lagi dalam koleksi Strong Girl ini.

“Untuk kolaborasi pertamanya dengan Puma, Selena Gomez menggunakan legasi wanita kuat dari dulu lagi untuk menghasilkan item pakaian yang klasik untuk golongan wanita zaman sekarang,” kata Puma menerusi siaran akhbarnya.

“Wanita-wanita ini adalah kuat dari segi semangat, ekspresi dan bagaimana mereka ingin meninggalkan impak pada dunia. Mereka mempunyai belas kasihan, tapi mereka tidak memberi kompromi. Berani tapi mudah didekati.” Waaaah!

Selena juga telah menampilkan beberapa sahabat karibnya dalam kempen ini termasuklah Connar Franklin, Raquelle Stevens, dan Courtney J. Barry.

Jom kita lihat antara item pakaian yang ada dalam koleksi Strong Girl.

Sumber: Popsugar

Ad Ops