Categories: Oh Lawa

Skrub Gula Dan Lemon Ini Mujarab Untuk Lembutkan Kulit Wajah Yang Kering

Gula bukan saja berfungsi sebagai pemanis untuk makanan dan minuman sahaja. Malah, ia juga boleh digunakan sebagai bahan kecantikan.

Jangan tak tahu, dengan menggunakan gula anda boleh menghasilkan skrub wajah yang sangat berkesan. Biasanya, skrub gula ini akan digabungkan dengan bahan semula jadi yang lainnya. Untuk perkongsian kali ini, resepi skrub adalah dengan menggabungkan gula dan lemon sebagai bahan utama.

Gabungan ini sangat baik untuk merawat kulit wajah yang kering. Hasil penggunaan skrub ini, anda akan merasakan wajah anda menjadi lembut dan halus. Jom kita semak cara-cara membuatnya!

Foto: Hipwee

Bahan-bahan

  • 1 sudu gula
  • 2 biji lemon yang diperah dan ambil airnya
  • 1/4 sudu krim susu
  • 2 sudu makan minyak zaitun

Cara membuatnya

Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk. Kacau perlahan-lahan sehingga semua bahan sebati.

Cara memakainya

Oleskan pada wajah dan bahagian leher. Gosok secara perlahan pada seluruh wajah dan leher selama 10 hingga 15 minit. Kemudian, bilas dengan air suam. Amalkan 2 kali seminggu.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Manfaat.co

tex_admin