Categories: Oh LawaSemarak

Tahun Ini Apa Kata Cuba Pakai Baju Raya Designer Pula? Tak Sampai RM400 Pun

Kini Malaysia telah berjaya melahirkan ramai fashion designer ternama yang dah pun keluar dengan pelbagai koleksi pakaian yang menarik.

Semestinya untuk Hari Raya Aidilfitri, masa untuk umat Islam bergaya sakan, pereka-pereka fesyen ini tak juga ketinggalan untuk tampil dengan design-design mereka.

Jadi kalau setiap tahun anda menempah baju raya dengan tukang jahit ataupun beli baju siap di Jalan TAR, sekali sekala apa salahnya jika anda beli baju yang high-end sikit?

Jika anda melayari platform Zalora atau Fashion Valet, anda boleh check out pelbagai koleksi Raya oleh pereka fesyen yang bertauliah. Macam-macam design ada! Pilihlah sepasang baju kurung atau sehelai jubah untuk Hari Raya tahun ini!

Jika anda beli secara online, untung juga kerana ada banyak diskaun yang ditawarkan. Separuh daripada harga biasa pun ada!

Ini dia pilihan-pilihan koleksi Hari Raya yang penulis rasa menarik. Yang pentingnya, semuanya tak sampai RM400, jika anda risau tentang harganya.

Semestinya citarasa kita tak sama, dan ada banyak lagi pilihan di Zalora dan Fashion Valet, jadi silalah check out sendiri, ya! Manalah tahu, mungkin bajet anda lebih dari RM400.

Selamat bershopping!

1. Rizalman

Kiri: Slim Jersey Kurung (RM340); Kanan: Kedah Pocket Kurung (RM380)

2. Jovian

Kiri: Etsumi Modern Kurung (RM395.95); Kanan: Emura Modern Kimono Kurung (RM335.95)

3. Alia B.

Kiri: Caroline Dress With Asymmetrical Cape (RM286.95); Kanan: Kate Dress With Draping (RM322.95)

4. Tom Abang Saufi

Kiri: Sama Sama – Wide Sleeves Top With Mermaid Skirt (RM358.95); Kanan: Indigo Gold – Velvet Kurung Printed (RM253.95)

5. Emel

Kiri: Paris Printed Lace Kurung Pahang (RM278.35); Kanan: Reims Cotton Lace Mini Kurung (RM372.65)

6. Syomirizwa Gupta

Kiri: Rokiah Kebaya (RM348.15); Kanan: Fann Dress (RM391.55)

7. Aere

Kiri: Lorine Kaftan Dress In Navy (RM348.96); Kanan: Rowena Duo In Silver (RM377.26)

Sumber: Zalora, Fashion Valet

Ad Ops