Categories: Oh Lawa

Tak Perlu Beli Pencuci Khas Untuk Berus Make Up Anda! Hanya Guna Tiga Bahan Ini

Setelah berjaya make up muka anda sampai flawless, jangan lupa pula untuk jaga aksesori make up seperti berus-berus foundation atau blusher.

Alat ini patut dicuci sekurang-kurangnya seminggu sekali kerana ia terdedah kepada bakteria setiap kali dipakai. Takkanlah anda nak tempek bakteria di muka? Eee, geli!

ghk.h-cdn.co

Menurut laporan sebuah portal berita antarabangsa baru-baru ini, seorang wanita dari Texas terpaksa dikejarkan ke hospital setelah terkena jangkitan bakteria dari berus make up yang kotor! Tak tipu!

www.medicaldaily.com

Bukan setakat bakteria je tau! Bulu-bulu berus itu pun akan senang rosak kalau tak terjaga. Lagipun, berus yang bersih menjanjikan aplikasi make up yang lebih terurus dan sempurna. Itu yang kita mahukan!

Kalau cuci dengan air je, tak semestinya bersih. Tak dinafikan cleaner khas untuk berus make up ada dijual tapi kenapa beli kalau anda boleh je “buat” sendiri pencuci berus ini?

Mudah je; anda hanya perlukan dua bahan isi rumah iaitu cuka dan sabun cuci pinggan.

Ini cara-caranya:

Sediakan:

  • 1 cawan air suam
  • 1 sudu besar sabun cecair cuci pinggan
  • 2 sudu besar cuka putih

Langkah-langkahnya:

  1. Masukkan air suam ke dalam mangkuk kecil dan campurkan sabun dan cuka. Kacau hingga rata.
  2. Celup berus anda ke dalam campuran tadi dan kacau-kacau sikit sampai kotoran pada berus tu tertanggal. Kalau kotorannya degil, biar berus tu berendam lama sikit.
  3. Sebaik saja berus tu dah nampak bersih, cucikannya di bawah air suam yang mengalir. Selak-selakkan bulu berus tu untuk pastikan semua kotoran betul-betul turun.
  4. Bila dah bersih, goncang-goncangkan berus supaya air berlebihan tak melekat pada bulu-bulunya.
  5. Betulkan shape bulu berus ke bentuk asal dan biarkan kering di atas tuala. Dah siap!

byannagrace.blogspot.my

Nota: Kalau anda ada banyak berus untuk dicuci, atau kalau air pencuci tu dah kotor sangat, sediakan campuran baru untuk berus seterusnya.

Nota 2: Jika anda rasa gabungan air, cuka dan sabun tadi tak cukup kuat, anda boleh cuba tambah lagi sikit sabun atau cuka, sampai berus anda bersih.

Simple je!

Anda ada cara tersendiri untuk bersihkan berus mekap? Jom kongsi tips!

Sumber: byannagrace.blogspot.my

Ad Ops