Categories: HiburanSelebriti

FAZURA RAHSIA LOKASI RESEPSI KHAS 11 MAC

Wah! Dengar kata pasangan romantis, Fazura dan suaminya, Fattah Amin bakal mengundang kira-kira 5,000 jemputan terdiri daripada para peminatnya  ke majlis resepsi khas  pada 11 Mac nanti.

Bagaimana pun, Fattzura masih belum mendedahkan   di mana kah lokasi resepsi tersebut akan berlangsung.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, pelantun lagu ‘Sayangi Dirimu’ ini  hanya akan mengumumkan lokasi berkenaan  melalui Instagramnya tidak lama lagi.

Pada hari yang boleh dilabelkan sebagai  wedding of the year bagi permulaan tahun 2018 ini, mereka berdua dikatakan tidak mahu menerima sebarang tajaan.

Segala perbelajaan untuk jamuan hasil duit kami sendiri,” jelas Fazura ketika ditemuramah pihak media berhubung dakwaan menolak semua tajaan bagi majlis resepsinya yang akan berlangsung dua kali iaitu pada 25 Februari ini dan 11 Mac depan.

Kredit Gambar: Instagram Fattzura.

Kata pasangan pelakon drama ‘Hero Seorang Cinderella’ ini, penolakan  itu bukan bererti mereka mahu menunjukkan bahawa mereka ada duit.

Pun begitu, Fattzura akui tidak berdaya menolak permintaan rakan-rakan penaja yang mahu berkongsi menguruskan acara resepsi keduanya  pada  11 Mac nanti.

Jelas Nur Fazura, tujuannya lebih kepada membantu para peiaga untuk mempromosikan produk masing-masing melalui majlis resepsinya sahaja.

Berkaitan majlis perkahwinannya pada  25hb Februari ini di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, Faz memberitahu, segala persiapan  bertemakan  fairytale sudah 85% siap. 

Tentu peminat tak sabar nak tengok kejelitaan dan ketampanan pasangan pengantin ini kan? Pasti glam!

Fazura dan Fattah Amin bernikah pada 27 November 2017 dalam majlis tertutup yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. 

 

SGMS Fas