Categories: Oh Lawa

Teknik picit jerawat tanpa memudaratkan kulit wajah

Semua sedia maklum, aktiviti memicit jerawat tanpa menggunakan tisu muka atau sarung tangan, boleh memudaratkan kulit wajah. 

Hal ini kerana, kawasan sekitar kuku mudah terdedah pada bakteria dan apabila anda menyetuhnya, apa tah pula memicitnya, boleh menyebabkan pemindahan bakteria kepada kulit.   

Namun begitu, tabiat sesetengah orang, pantang nampak jerawat di muka, mulalah tangan berasa gatal untuk memicitnya. 

Tidak cukup muka sendiri, kadangkala muka kawan yang bermasalah menyebabkan anda tidak senang duduk melihatnya. 

Tabiat memicit jerawat ini amatlah tidak disarankan walaupun tidak dinafikan berasa rimas dengan keadaan kulit wajah yang berbiji-biji dan tidak licin.

Tapi bagaimana agaknya cara terbaik untuk anda yang tidak boleh menghentikan tabiat itu, tetapi pada masa sama tidak menjejaskan kesihatan kulit wajah?

Di sini, Hijab & Heels ingin berkongsikan beberapa tip buat mereka yang ketagih memicit jerawat!

Popping basics!

Foto: Racked

Jika anda membuat keputusan hendak picit jerawat anda, pastikan dilakukan dengan cara yang betul. Seperti saranan Pakar Estetik, Kate Sommerville, sebaik-baiknya sebelum memicit, cuci wajah terlebih dahulu, kemudian lakukan rutin pengelupasan dan sesudah itu, tekapkan wajah dengan kain yang hangat. 

Jika anda ingin memicit keluar jeragat hitam pada wajah, gunakan tisu dan jika ianya sejenis bintik putih, sebaik-baiknya gunakan lancet dan cucuk dengan berhati-hati pada bahagian tengah jerawat itu. Jika jerawat sudah pecah, picit dan keluarkan cecair putih itu dengan berhati-hati. 

Jika jerawat anda berwarna merah yang tidak punya isi (cecair putih) seelok-eloknya tidak memicit dengan bersungguh-sungguh. Sapukan pupur jenis tanah liat untuk membawa keluar kotoran pada bintik jerawat merah itu dengan lebih cepat.

Apa yang perlu anda buat selepas jerawat dipicit?

Foto: morethanglam

Langkah seterusnya adalah dengan mencuci kembali wajah sebersih-bersihnya dan kemudian sapukan penyegar (toner). Penyegar ini berfungsi untuk membersihkan kulit wajah di samping meredakan kulit kemerah-merahan. 

Cara lain yang anda boleh cuba, adalah dengan meletak ais pada kawasan jerawat yang baru dipicit. Ini juga boleh meredakan kawasan wajah yang bengkak.

Selepas itu, jangan lagi anda sentuh kulit wajah dengan tangan anda. Kadangkala tangan yang tidak bersih juga kuku yang kotor boleh mengakibatkan bakteria merebak. 

Selamat mencuba!

 

Sumber: stail.my

 

Yanie Baharom