Categories: Oh Lawa

Transformasi Pakaian Lama Anda Kepada Sesuatu Yang Trendy Dengan Teknik DIY Ini

Lazimnya lambakan baju lama, kalau tak dibuang, ia akan diberi kepada orang atau sedekeh kepada mereka yang memerlukan.

Tetapi ada sesetengahnya merupakan koleksi kesayangan, jadi daripada diberi orang, ia selalunya dibiarkan tersimpan rapi di dalam almari.

Bagaimana untuk melakukan improvisasi agar pakaian lama anda boleh dipakai kembali dan paling penting tampak seperti baju yang baru dibeli?

DIY atau erti kata lain Do It Yourself adalah satu daya kreativiti dalam memanfaatkan barangan terpakai dan menjadikannya sesuatu yang berguna. Buat para gadis, video yang dikongsikan untuk anda ini pastinya dapat membantu sekaligus membuatkan anda berfikir dua kali sama ada mahu membuang baju lama atau bergaya ranggi dengannya  selepas mempelajari teknik DIY ini.

Selamat mencuba!

                                                                  Video: https://youtu.be/Jy.tRPiq_7w

Yanie Baharom