Categories: Oh Lawa

Tuah Kulit Hitam Legam, Dulu Dihina Tapi Kini Dibayar Jutaan Ringgit!

Kebanyakan negara di seluruh mempunyai standard kecantikan yang hampir sama dan ramai menganggap kulit yang cerah itu menjadikan seseorang lebih cantik.

Lolita, 16 tahun yang mencipta populariti mendadak sejak berita tentang dirinya diperkatakan di laman sosial kerana dikatakan mirip wajah patung Barbie versi kulit hitam, menjadi inspirasi ramai kerana memiliki kecantikan semulajadi dan menghargai keadaan paras rupa seadaanya.

Di saat kebanyakan wanita taksub melakukan pembedahan, mengambil suntikan dan memakan pil mencerahkan kulit, Lolita berbangga dengan kulit hitam legamnya.

Foto – Facebook

Dunia menggelarkan Lolita sebagai The Black Hannah Montana. Ada keindahan menakjubkan di dalam diri Lolita.

Kehidupan semasa kecilnya, gadis cantik berasal dari Senegal, Afrika, itu sering dihina, menjadi mangsa buli oleh teman-teman sekolahnya dengan sebutan si telur dadar hangus dan gadis arang yang terlahir dari kayu bakar.

Malah sehingga melangkah masuk ke sekolah modelling, ramai teman-teman memulaukannya dan enggan berkawan dengannya.

Foto : Facebook

Namun segalanya berubah sejak Lolita menyertai sebuah pertandingan peragaan dan kemenangan berpihak kepadanya apabila muncul juara sekaligus merubah hidup Lolita yang kini cukup popular serta dikagumi ramai.

Pada pertandingan itu para juri menilai penampilan Lolita sebagai sangat unik dan berbeza berbanding para lawannya.

Semenjak kemenangan pertamanya itu, Lolita semakin dikenali dan menjadi salah satu supermodel terkenal dengan bayaran termahal di dunia.

Yanie Baharom