Categories: Trending

Terlalu Sebak, Ziana Zain Menangis Ketika Persembahan

Penyanyi terkenal, Ziana Zain tidak mampu menahan air mata ketika menanyikan lagu popularnya, Puncak Kasih pada Malam Anugerah Mood Republik di Hotel JW Marriot semalam. Ziana tidak mampu meneruskan nyanyian dan hanya membiarkan muzik berlalu begitu sahaja. Walaupun begitu, penonton yang menyaksikan persembahan tersebut tetap memberi kata-kata semangat dan join menyanyi sekali. 

“Saya kuat dan terima kasih atas sokongan semua. Bukan senang menjadi seorang public figure. Walau apa pun berlaku hidup perlu diteruskan,” katanya.

Pelakon filem Sembilu itu kemudian terus meninggalkan majlis sejurus selesai persembahan, mungkin mengelak bertemu media. Sebelum ini, rumah tangga Ziana Zain menjadi bualan netizen apabila suaminya Armin Zaharian didakwa sengaja mencederakan anak lelakinya pada 24 Februari lalu. Armin berdepan dengan tuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan dari mana-mana dua darinya. Walau bagaimanapun, bapa empat orang anak ini mengaku tidak bersalah.

Sehingga kini, Ziana masih berdiam diri dan enggan mengulas tentang status dan masalah sebenar rumah tangganya. Kami mendoakan agar Ziana tabah melalui ujian ini dan dapat menghadapinya dengan tenang. Semoga masalah ini dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik baik kedua-dua pihak.

Sumber: themalaymailonline

tex_admin

Recent Posts