Categories: TECHTech News

Tips Periksa “Kesihatan” RAM Pada PC

Tips kali ini adalah ditujukan kepada anda yang menghadapi masalah PC yang semakin berkurangan tahap prestasinya. Kami kongsikan satu kaedah yang boleh anda cuba untuk mengetahui keadaan semasa RAM pada komputer.

Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah – langkah berikut.

Pertama sekali masuk ke menu Windows Memory Diagnostic pada PC dengan membuat carian pada ruangan “Search Bar“.

 

Buka pada menu tersebut, maka akan muncul paparan berikut.

 

Klik sahaja pada menu Restart Now and check for problems

Dengan  itu PC anda akan terus di restart dan proses pemeriksaan RAM akan bermula. Apa yang perlu anda lakukan ialah tunggu sehingga ianya selesai dan keputusannya akan dipaparkan sama ada RAM PC anda bermasalah ataupun tidak.

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

SGMS Putri