Categories: Uncategorized

Hidangan Itik Panggang Di Restoran Norazlina Chong Setapak, Ya Memang Halal!

Bila anda nampak je itik panggang yang dijual di gerai-gerai makan, mesti anda rasa hampa sebab selalunya itik itu tak halal.

Jangan risau! Rupa-rupanya ada sebuah restoran Chinese Muslim di Setapak yang menyediakan roast duck yang halal! Yay!

Foto: Facebook Norazlina Chong

Norazlina Chong mendapat idea untuk menawarkan masakan ini oleh rakan Chinese Muslimnya yang teringin nak makan itik panggang yang bukan sahaja halal tapi asli.

Setelah membuat kajian, Norazlina dan suaminya Zulkarnain Malik mendapat tahu bahawa memang ada permintaan untuk itik panggang di Lembah Klang.

Foto: Facebook Norazlina Chong

Jadi mereka pun menyertai kelas masakan dengan chef dari China, khusus dalam masakan itik panggang. Beberapa bulan selepas itu, mereka membuka Restoran Norazlina Chong setelah mahir menyediakan masakan ini. 

Ramai yang berpusu-pusu untuk rasa masakan itik panggang mereka yang berinspirasikan masakan tradisional dari Xinjiang.

Foto: Norazlina Chong

Norazlina berkata roast duck adalah salah satu masakan yang paling kompleks dari segi penyediaan dan rasa. Anda tahu tak? Nak masak itik panggang ini akan mengambil masa 13 jam? Tak tipu!

Nak potong itik itu dahlah rumit! Lepas itu daging itik perlu diperap dengan bermacam-macam rempah dan herba China. Itik itu kemudian disiram dengan air panas dan cuka. 

Belum habis lagi! Penyediaan terakhir ialah membiarkan itik itu kering selama sekurang-kurangnya 8 jam! Fuyo!

Foto: Norazlina Chong

Kalau anda datang ke restoran ini secara berkumpulan, anda boleh order whole roast duck (harganya RM60) atau half duck (RM32). Nak order secara solo pun boleh! Itik panggang disediakan dengan nasi untuk RM10 je.

Foto: Norazlina Chong

Bonus! Restoran Norazlina Chong juga menawarkan satay Yunnan asli serta masakan Xi’an!

Foto: Norazlina Chong

Nampak sedapkan? Jom try!

Sumber: Facebook Restoran Norazlina Chong dan www.havehalalwilltravel.com

Ad Ops