Categories: Oh Lawa

Guna 6 Trick Makeup Ini Untuk Ubah Wajah Anda Daripada Biasa Menjadi Gorgeous

Kuasa solekan boleh membuatkan wajah yang bulat menjadi runcing, raut muka yang lonjong menjadi bujur, hidung yang kembang atau kecil menjadi mancung, mata yang kecil menjadi galak…

Macam-macam magis bisa dilakukan dengan peralatan yang dinamakan solekan.

Pokoknya anda boleh kelihatan cantik meletop tanpa membazirkan wang dengan melakukan pembedahan. Sebaliknya anda hanya perlu memahami 6 trick tatarias wajah yang berupaya mengubah keseluruhan penampilan wajah anda. 

Nak tahu apakah muslihat itu, sila semak informasinya di bawah ini.

1. Wajah flawless

Anda perlukan: Bedak asas, translucent powder

Foto: beautyheaven

Parut jerawat, bintik hitam serta kemerahan boleh dihilangkan! Bersihkan muka dan lakukan pengelupasan wajah dengan teliti, kemudian sapukan bedak asas pilihan pada seluruh wajah. Pastikan ia rata, baik jenis cecair atau kompak dan seterusnya sapukan translucent powder. 

2. Bibir munggil

Anda perlukan: Pensel bibir, gincu, translucent powder, lip gloss

Foto: Beautynesia

Ini adalah helah sempurna untuk mencipta bibir yang simetri dan cukup luscious! Gariskan bibir menggunakan pensel bibir yang sepadan dengan warna gincu atau rona sedikit gelap, di atas atau di bawah garis bibir anda. Oles gincu menggunakan berus bibir dan mesrakan lagi dengan warna pensel bibir. Untuk teknik penghabisannya, oles lip gloss di tengah-tengah, di atas dan bawah bibir.

3. Hidung mancung

Anda perlukan: 2 matte cake atau bedak asas, 2 concealer

Foto: donna fidelity house

Ini tip versatil yang membantu anda membentuk hidung sempurna tanpa bantuan jurusolek profesional. Teknik serupa air-brushing melibatkan aplikasi bayangan gelap untuk mencipta efek langsing. Sapukan bayang gelap di sekeliling tepi hidung. Hidung kecil memerlukan prosedur reversed supaya lebih menyerlah manakala hidung yang panjang perlu sapuan gelap di sekitar dan di antara hidung serta di bahagian hujung hidung.

4. Pipi mulus

Anda perlukan: Bronzer, blusher, berus yang fluffy, berus kipas

Foto: Beautyheaven

Gunakan berus pemerah pipi untuk menyapukan bronzer, bermula di bahagian sudut mulut ke arah tulang pipi. Gunakan berus kipas dan pemerah pipi shimmery untuk menambah beberapa warna pada tulang pipi. Jika anda gemarkan efek subtle, gantikan pemerah pipi itu dengan bedak ringan yang berkilat.

5. Kelopak mata sempurna.

Anda perlukan: Highlighter, eyeshadow gelap dan terang

Foto: YouTube

Senang saja! Pilih pembayang mata yang terang untuk efek mata lebih luas dan kemudian warna gelap untuk mewujudkan ilusi crease. Jangan sesekali tarik kelopak mata anda semasa mengolah solekan kerana ada kalanya bila dilepaskan solekan tadi tidak akan sempurna seperti sebelumnya.

6. Kulit sentiasa nampak matte dan sempurna

Anda perlukan: bedak tabur, matte cake foundation

Foto: wikishare.us

Bahagian mana di muka anda yang mula berminyak dulu? No problem! Selepas mengenakan foundation cecair matte, sapukan bedak asas tabur untuk “menguncinya”. Wajah akan tampak shine-proof sepanjang hari!

Sumber:  GLAM

Yanie Baharom