Categories: HiburanSelebriti

Sweet! Wawa Zainal Terima Kereta Mewah Sempena Hari Jadi

Sempena ulang tahun ke 27, pelakon Aeril Zafrel menghadiahkan sesuatu yang istimewa buat isteri tersayang, Wawa Zainal!

Pelakon terkenal ini membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah, Mercedes Benz C200 berwarna hitam.

“Hadiah sebab selama ni jaga saya dan tak pernah mengeluh jaga anak-anak saya.

“Jangan pernah meremehkan ungkapan terima kasih kepad a dan dari seseorang. Kerana terima kasih dapat menunjukkan besarnya rasa syukur kita kepada ALLAH,” tulisnya di laman Instagram yang dimuatnaik, sebentar tadi.

Kata Aeril kepada sebuah portal hiburan, hadiah ini adalah tanda penghargaan buat Wawa kerana telah menjalankan peranan sebaik mungkin sebagai isteri dalam menguruskan rumah tangga mereka yang dibina sejak 2012.

Menurut Aeril, kereta tersebut merupakan pilihan Wawa sendiri ketika mereka mengunjungi sebuah pusata pameran kereta jenama tersebut pada awal tahun ini.

Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 5 serta Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 3.

SGMS Faida