Categories: Oh Lawa

Wanita Ini Guna Makeup Untuk Hasilkan Lukisan Penuh Detail Di Atas Bibirnya, Memang Memukau!

Kini, dah ada banyak makeup trends di Instagram yang melibatkan pelbagai teknik dan reka bentuk luar biasa. Semakin banyak trend yang muncul, semakin mengagumkan, sebab kita tak pernah langsung terfikir nak buat.

Pengguna Instagram yang bernama Andrea ialah salah seorang artis terbaru yang telah mendapat perhatian kerana kreativitinya dalam mencipta seni dengan menggunakan alat solek.

Teknik yang digunakan bukan calang-calang teknik, ya. Dia bukan saja telah menghasilkan seni yang penuh detail, tapi dia melukisnya di atas bibirnya sendiri!

Fuhh. Untuk sesetengah orang, nak lukis atas kertas biasa pun tak reti!

Andrea berkata dia memang ada minat mendalam tentang seni yang dipamerkan dalam pelbagai medium, tapi dia memilih untuk khusus dalam seni makeup kreatif.

Pada tahun 2014, dia mula bereksperimen untuk mencabar dirinya, iaitu dengan melukis di atas kanvas yang lebih kompleks– bibirnya sendiri.

Seperti yang anda jangka, seni ini memang rumit. Setiap aplikasi mengambil masa 2 jam, dan itu tak termasuklah mengembangkan idea untuk konsep design itu, melakar design, menangkap gambar untuk dimuatnaik di Instagram serta mengedit.

Daripada mula hingga akhir, seluruh proses itu mengambil 4 ke 6 jam, bergantung kepada berapa terperincininya seni bibir itu.

Teliti betul! Anda tengok sendiri gambar-gambar di Instagramnya; kalau pakai berus makeup biasa, memang takkan dapatlah lukisan yang terperinci. 

Untuk ini, dia menggunakan berus halus yang dia beli dari kedai alat-alat melukis. Dari segi produk makeup pula, dia memakai lipstick dan eyeliner cecair tapi apabila kering, ia bertekstur matte.

Kalau anda tertanya-tanya macam mana Andrea mengelak bibirnya daripada comot, dia berkata dia sentiasa biarkan mulutnya terbuka sepanjang setiap aplikasi. Payahnya!

Walaupun seni bibirnya disukai ramai, dia tidak memakai seni ini apabila dia keluar dari rumah. Maknanya, dia hasilkan seni ini hanya untuk akaun Instagramnya yang telah mencecah 365,000 followers.

Dan walaupun Andrea ini dikira berbakat, dia tidak menganggap dirinya sebagai seorang makeup artist. “Saya cuma seorang artis yang menggunakan makeup sebagai alat seninya.”

Sumber: Insider, Instagram Andrea

Ad Ops

Recent Posts