Kenapa Siti Sarah Tunda Konsert?

Ini satu langkah bijak diambil artis ini, iaitu menundakan konsert mininya yang dijadualkan pada 4 Mei depan.

Penyanyi Siti Sarah Raisuddin, 33,  mengambil  keputusan tersebut gara-gara  konsertnya terlalu hampir dengan tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang sudah ditetapkan pada 9 Mei depan.

Malah mentor Otai ini mengganggap penundaan itu sebagai satu rahmat pula baginya kerana berpeluang mendapatkan masa yang lebih panjang untuk latihan serta persiapan.

Menurut pelantun lagu “Kesetiaan” itu, perancangan konsert telah dilakukan dua bulan lalu sebelum tarikh PRU14 diumumkan.

“Ia bagi meraikan kemunculan semula saya dalam industri dengan single baru dan memenuhi permintaan peminat yang mahu saya mengadakan mini konsert buat mereka,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu ini, dengan penundaan tersebut memberikannya masa untuk memikirkan soal tema konsert serta latihan yang lebih  banyak.

“Walaupun persiapan dilakukan sejak dua bulan lalu tetapi saya merasakan masa tidak cukup. Tema mini konsert terbabit pun tidak ada kerana bimbang tidak dapat dipenuhi kerana kekangan masa.” ujar anak penyanyi otai, Raisuddin Hamzah ini.

Jadi agaknya bila pula tarikh baharu ditetapkan Siti Sarah? Tentu peminatnya nak tahu supaya boleh block date kan?

Khabarnya, pengumuman tarikh baharu akan diumumkan pada majlis pra dengar single terbaharunya yang dijadualkan pada 20 April nanti.

So, korang sabar menunggu ya!

SGMS Fas