Categories: Oh Lawa

Zendaya Memakai Dress Mirip Payung Ke Sebuah Acara Karpet Merah, Kalau Anda Berani Pakai?

Di majlis anugerah MTV Movie & TV Awards baru-baru ini, ramai selebriti wanita telah memperagakan dress berlabuci, bermanik glitter ataupun berkain jarang. 

Aktres Amerika, Zendaya, pula nampaknya tak nak disamakan dengan mereka dan ingin tampil lain daripada yang lain.

Untuk itu, pelakon The Greatest Showman ini telah memilih outfit yang memang pelik bentuknya – macam payung yang diperbuat daripada kulit binatang! Anda tengok sendiri.

Foto: Getty



Memang lain macam, tapi untuk memperagakan outfit sebegini, confidence kena ada. Zendaya bukan saja yakin, tetapi dia juga telah buktikan yang tak kira apa jenis fesyen yang dia pakai, dia boleh jayakannya.

Foto: Getty

Untuk aksesorinya, Zendaya kekal dengan tema geometri, dan memilih untuk memakai subang bulat emas serta kasut pointed-toe pumps.

Foto: Getty

Dia sendiri cakap yang nampak macam coklat Hershey’s Kiss. Bila fikir balik, betul juga!
Ad Ops