Categories: Parenting

Jika Anak Kecil Anda Tercekik, Ikuti Teknik Kecemasan Ini Untuk Selamatkannya

Anda mungkin perasan yang bayi gemar memasukkan objek ke dalam mulutnya, tak kiralah bersih atau kotor.

Tahukah anda? Mereka berbuat demikian kerana ia adalah sebahagian daripada perkembangan tumbesaran semula jadi mereka.

Inilah cara mereka mengenali objek-objek yang berlainan; dengan memasukkannya ke dalam mulut.

Ia juga merupakan tanda-tanda gigi pertama mereka nak tumbuh.

Tapi, mesti anda pernah lalui situasi di mana anda tak perasan apa yang anak anda masukkan ke dalam mulutnya.

Kalau objek itu bersaiz besar, tak apalah, tapi kalau saiznya kecil, memang merbahaya kerana anak anda mungkin tercekik. Itu sebabnya anda perlu jauhkan objek kecil daripadanya.

Kalau anak anda betul-betul tercekik, jangan panik. Anda patut segera menelefon 999 untuk mendapatkan pertolongan kecemasan.

Selain itu, ada teknik kecemasan yang anda boleh lakukan untuk selamatkan anak anda. Belajar daripada video ini.

Ramai yang tak tahu tentang teknik ini, tapi ia memang bermanfaat.

Sumber: Tips & Tricks

Ad Ops