Categories: Sihat

Jangan mandi terus ke balai, antara bukti mangsa rogol perlu ‘simpan’

Minuman beralkohol mengandungi etanol, iaitu sebatian tergolong dalam kumpulan dadah yang boleh menjejaskan fungsi sistem saraf pusat termasuk melambatkan fungsi kognitif iaitu tindas balas fizikal dan mental peminumnya.

Selain itu, etanol juga adalah dadah yang boleh mendatangkan kebergantungan atau ketagihan jika diambil setiap hari.

Bila hilang kewarasan, seseorang itu boleh hilang pertimbangan, lalu menjadi punca kepada pelbagai kejadian tidak diingini seperti kemalangan jika membawa kenderaan ketika di bawah pengaruh dadah atau menjadi mangsa jenayah seperti rogol.

Foto: Pxfuel

Rogol merupakan satu jenayah yang berat dan memerlukan pembuktian yang kukuh. Jika tersilap langkah, silap hari bulan mangsa yang terpaksa menerima akibat dan dikenakan tindakan undang-undang.

Melalui perkongsian seorang peguam Hafidzah Hassan, di laman Twitter miliknya jika seorang wanita berada dalam keadaan mabuk ketika berlaku persetubuhan, ia diklasifikasikan sebagai rogol kerana berlaku tanpa rela.

Jelasnya, perogol bersalah kerana melakukan persetubuhan tanpa kerelaan wanita tersebut. Bagi remaja berusia 16 tahun ke bawah pula, persetubuhan dengan kerelaan tetap diklasifikasikan sebagai jenayah rogol.

Guna saluran betul, elak mangsa ‘dipersalah’

Tambahnya, mangsa perlu menggunakan saluran yang betul untuk menegakkan keadilan. Hal ini kerana tindakan menceritakan di Internet mungkin boleh menyebabkan mangsa dikenakan tindakan sivil jika tiada pembuktian atau cerita tersebut tidak benar.

Jangan mandi, terus ke balai

Oleh itu, mangsa perlu mengikut prosedur sepatutnya bagi memelihara bukti dan memastikan keadilan dapat ditegakkan sekali gus mengelakkan mangsa daripada terjerat dalam dilema.

Yanie Baharom