Categories: Sihat

Rawatan estetik penuhi impian ‘cantik’ wanita

Rawatan estetik adalah antara rawatan alternatif yang menjadi pilihan individu dengan kulit bermasalah bagi mengembalikan kesempurnaan kulit wajah, namun ramai yang tidak pasti ke mana dan apakah yang mereka perlu lakukan apabila memilih sesebuah klinik estetik untuk menjalani rawatan.

Sebaik-baiknya, lakukan pemilihan yang tepat dan pastikan klinik esetik yang ingin dikunjungi dikendalikan pasukan doktor yang bertauliah serta menawarkan perkhidmatan terbaik.

Pengarah Urusan Xeoul Global, Dorothy Ng. Foto: STR/OWEE AH CHUN.

Pengarah Urusan Xeoul Global, Dorothy Ng, berkata pengurusan kecantikan perlu dilakukan dengan berhati-hati dan memilih individu yang bertauliah agar hasil yang diperoleh memberi kepuasan terhadap individu kerana kecantikan itu adalah hak milik setiap wanita.

“Xeoul Global adalah hab yang menggabungkan kecantikan, kesihatan dan estetika di bawah satu bumbung serta dikendalikan oleh mereka yang pakar dengan bidang kecantikan.

“Dengan pakar professional yang ada, pelanggan akan diberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar yang sewajarnya untuk kesudahan yang sempurna,” katanya pada majlis pelancaran Xeoul Global di The Gardens, baru-baru ini.

Yang turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pengarah Perubatan Xeoul Global, Dr Edmond Ng.

Dorothy berkata, pihaknya sentiasa memikirkan yang terbaik untuk pelanggan dan mereka bukan sahaja mengambil kira kepentingan serta keutamaan pelanggan ketika menjalani prosedur mahupun rawatan, sebaliknya apa yang ditawarkan lebih daripada itu.

“Konsep yang kami perkenalkan ialah menyediakan spektrum lengkap untuk pelanggan yang datang mendapatkan rawatan atau perkhidmatan kecantikan serta keperluan estetik dan yang seerti dengannya.

“Pendekatan lengkap ini juga dilakukan bertujuan untuk menyediakan lebih banyak prosedur pembedahan untuk memenuhi keperluan pelanggan tempatan yang ingin menjaga kulit dan prosedur estetik kecil mereka selain menyediakan pasaran lebih luas terhadap pembedahan kosmetik yang boleh dipercayai seperti yang dilakukan di Seoul, Korea Selatan,” katanya.

Dr Edmond menerangkan mengenai masalah kulit kepada khalayak pada majlis pelancaran Xeoul Global baru-baru ini. Foto: STR/OWEE AH CHUN.

Ujarnya, pembedahan kosmetik mendapat tempat di negara berkenaan selain Seoul juga menjadi tumpuan penggemar kecantikan dari seluruh dunia untuk melakukan prosedur kecantikan yang mereka inginkan.

Xeoul Global yang mula beroperasi pada 2013 diinspirasikan daripada nama bandaraya Seoul yang menjadi tumpuan penggiat kecantikan pada mulanya menggunakan nama Wonjin Aesthetics Centre kerana perkongsian eksklusif dengan Wonjin Beauty Medical Group di Seoul.

Bagaimanapun, selepas melakukan kajian intensif dan mengambil kira keperluan mengenai estetik serta lanskap industri kecantikan, Dorothy dan Dr Edmond sepakat menubuhkan Xeoul Global.

Xeoul Global terdiri daripada Klinik Xeoul yang memberi tumpuan kepada menyediakan perkhidmatan estetik dan kecantikan secara tempatan terletak di Empire Shopping Gallery, Estetik Xeoul pula adalah hab untuk pembedahan di Korea Selatan dan AEGIS adalah jenama produk berasaskan penjagaan kulit untuk menangani penjagaan perlindungan matahari.

Dr Edmond Ng. Foto: STR/OWEE AH CHUN.

Sementara itu, Dr Edmond berkata, dengan prosedur estetik yang ditawarkan di Xeoul Global, langkah awal yang akan dilakukan oleh pihaknya ialah menganalisa kulit pelanggan terlebih dahulu sebelum menentukan apakah bentuk rawatan yang boleh dilakukan.

“Berkaitan masalah jeragat umpamanya, pelanggan akan diminta membersihkan solekan pada wajah untuk mengenalpasti jenis jeragat yang dihidapi pada kulit wajah.

“Jika jeragat berkenaan muncul pada permukaan kulit wajah, ia adalah epidermal pigmen dan kita boleh melakukan rawatan laser khusus untuk memusnahkan pigmen berkenaan,” katanya ketika ditemui pada majlis sama.

Dr Edmond menjelaskan mengenai masalah dan penjagaan kulit pada pelancaran XEOUL Global di The Gardens, baru-baru ini. Foto: STR/OWEE AH CHUN.

Bagaimanapun, katanya jika pigmen berkenaan berada di bawah kulit, ada prosedur lain yang boleh dilakukan bagi mengatasinya dan ia bergantung kepada kedalaman pigmen berkenaan di dalam kulit wajah.

Tambahnya lagi, pigmen pada kulit wajah juga berlaku disebabkan kulit terlalu lama terdedah kepada pancaran sinaran matahari dan sekiranya pelanggan tidak mahu menggunakan rawatan laser, ada alternatif lain seperti menggunakan bahan pemutih tropika untuk menangani masalah berkenaan.

Shaidah Shafie