Categories: Sihat

Stres dengan kesibukan kota? Manjakan diri anda dengan urutan Bali Spa Vibes di Hotel Pullman

Oleh Syarifah Fatin Anisa

Kesibukan kerja boleh mempengaruhi kesihatan tubuh badan.

Anda mungkin pernah mengalami lenguh badan yang akan memberi kesan kepada prestasi kerja anda.

Pernahkah anda bayangkan kelegaan urutan badan yang boleh menghilangkan kesakitan berkenaan, serta pada masa sama, dapat menikmati ketenangan seolah-olah berada di dunia lain?

Vibes Spa di Hotel Pullman adalah pilihan terbaik untuk anda.

Berikut adalah sebab anda perlu cuba urutan Bali di sini.

Boleh urut sehingga puas

Borang rundingan akan diberikan kepada pelanggan yang ingin mendapatkan rawatan di spa ini.

Jika anda ingin mendapatkan rawatan wajah, borang rundingan yang dilengkapi dengan bentuk wajah akan diberikan.

Bagi urutan, ia terbahagi kepada dua iaitu Lomi Lomi dan Bali.

Dalam borang tersebut, anda hanya perlu membulatkan bahagian badan anda yang tidak selesa dan tukang urut akan memfokuskan urutan mereka di tempat berkenaan.

Anda pasti akan lebih selesa!

Foto: Vibes Spa

Mesra muslimah

Pakej ruangan wanita atau Ladies Space disediakan untuk individu yang inginkan ruang peribadi bagi beristirehat selama dua jam.

Ia merangkumi dua rawatan iaitu wajah dan urutan badan.

Selain itu, anda akan diberikan mandian wap selama 15 minit secara percuma!

Tukang urut yang berpengalaman

Kesemua tukang urut adalah berpengalaman dan dilatih di akademi yang diiktiraf.

Setiap urutan daripada tukang urut ini adalah ibarat sentuhan magis ke atas badan anda.

Menariknya, kesemuanya adalah pekerja tempatan dan sangat ramah!

Foto: Vibes Spa

Urutan yang fleksibel

Dua jenis urutan disediakan untuk anda yang inginkan pengalaman yang berbeza.

Bagi seseorang yang terlalu penat dan inginkan urutan badan yang kuat serta ingin memfokuskan kepada kesakitan pada otot, anda boleh mencuba urutan jenis Lomi-Lomi dari Hawaii.

Urutan ini mungkin menyakitkan bagi sesetengah orang tetapi melegakan untuk pelanggan yang menyukainya.

Urutan jenis Bali adalah lebih relaks dan mengasyikkan bagi anda yang sukakan kelembutan tetapi pada masa yang sama dapat melegakan kesakitan.

Foto: Vibes Spa

Untuk anda yang ingin mencuba urutan di Vibes Spa, berikut adalah promosi yang anda harus kejar sebelum ia berakhir!

Urutan seluruh badan (60 minit) – RM280

Urutan belakang badan atau kaki (30 minit) – RM380

Bali Getaway yang merangkumi urutan selama 90 minit (RM425)

Ruangan wanita (Ladies Space) – RM575

Jika anda berminat, kunjungi:

Pullman Hotel, 4, Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

tex_admin