TECH By: Rosli Ab Rahman August 6, 2019 @ 1:15pm

5 Trick Untuk Hasilkan Tulisan Unik Di WhatsApp

WhatsApp merupakan aplikasi permesejan percuma yang amat popular di Malaysia. Sejak diambil alih oleh Facebook, pelbagai pembaharuan telah dibawa ke dalam aplikasi ini.

Antaranya ialah WhatsApp Status, panggilan video berkumpulan dan penggunaan pelekat(stickers). Malah, anda juga boleh mencipta pelekat anda sendiri seperti yang pernah kami kongsikan sebelum ini. Semuanya dilakukan bagi mengelakkan pengguna tidak cepat bosan dan bertukar ke aplikasi permesejan yang lain.

Pada kiriman kali ini, kami akan kongsikan kepada anda cara-cara untuk menghasilkan tulisan unik pada aplikasi WhatsApp tanpa memuat turun aplikasi Whatsapp dari pihak ke-tiga.

1. Tulisan tebal(bold)

Mungkin ramai yang akan mengatakan mereka sudah tahu cara untuk melihat tulisan bold ini. Tapi percaya, ramai juga yang masih tidak mengetahuinya.

Bagi yang masih belum tahu, untuk menghasilkan tulisan tebal atau bold ini, masukkan simbol (*) pada awal dan akhir perkataan. Contohnya ->  *Wiser*.

2. Tulisan Italic

Tulisan dengan format Italic ini sering digunapakai apabila kita menggunakan bahasa asing selain dari bahasa utama yang kita pakai dalam penulisan.

Sebagai contoh, perkataan berbahasa Inggeris akan ditulis secara Italic dalam penulisan artikel berbahasa Melayu. Untuk menghasilkannya di WhatsApp, tambah simbol (_) pada awal dan akhir perkataan. Contoh -> _Wiser_ .

3. Tulisan Strikethrough

Strikethrough atau cakaran tengah selalu digunakan bagi menandakan pembetulan atau pembatalan perkataan yang digunapakai.

Bagi menghasilkan perkataan dengan format strikethrough di WhatsApp, masukkan simbol (~) di permulaan dan pengakhiran perkataan. Contoh -> ~Wiser~.

4. Tulisan fancy(Fancy font)

Fancy font menawarkan pelbagai bentuk tulisan untuk digunapakai oleh pengguna WhatsApp. Untuk melakukannya, anda perlu muat turun aplikasi Fancy Text (For Chat) di Play Store dahulu.

Kemudian, taip perkataan atau ayat diingini di kotak teks yang disediakan. Seterusnya, pilih bentuk fon yang menepati citarasa anda. Akhir sekali, salin,tampal dan hantarkannya.

5. Tulisan terbalik

Nak buat rakan anda pening kepala? Cuba hantar mesej WhatsApp secara terbalik dekat mereka. Untuk lakukannya, anda perlu muat turun aplikasi Flip Text – Upside Down terlebih dahulu.

Selesai memasang, taipkan perkataan atau ayat di ruang yang disediakan dan tekan “Flip”. Salin dan tampal perkataan tersebut di WhatsApp dan hantarkan kepada rakan anda.

6. Tulisan unik berwarna putih dengan bingkai biru

Tulisan berwarna putih berbingkai biru ini amat sesuai untuk digunakan semasa merakamkan ucapan selamat(hari lahir, tahun baharu, hari raya dsb) kepada kenalan anda.

Bagi melakukannya, muat turun aplikasi Blue Text – Black Text to Blue Form dan pasangkan pada peranti anda. Sesudah itu, taipkan perkataan di kotak teks, tekan ikon “salin”, dan tampalkan di kotak teks WhatsApp anda. Seperti biasa, hantarkan kepada sesiapa yang anda kehendaki.

Dengan lima cara mudah untuk mempelbagaikan bentuk tulisan di aplikasi WhatsApp ini, ia sedikit sebanyak memperlambatkan rasa bosan pengguna terhadap aplikasi berkenaan.

Apa lagi tunggu? Hasilkan tulisan unik anda sekarang dan WhatsApp-kan kepada rakan-rakan anda segera.

Sumber : Wiser.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Wed, 7 Nov 2018

每天加班怨叹没人生? 3大APP助你提升效率、准时下班

现代的上班族常常加班,若不想生活都被绑架,快点试试看这3个APP,立刻加速工作效率,助你准时打卡下班!

TECH Thu, 13 Dec 2018

脸书推出类似抖音的短影音服务!企图挽回青少年的心

脸书发表一款名为「Lasso」的短影片应用程式,功能几乎完全复制中国目前最火红的社群软体「抖音」!

TECH Thu, 23 Jan 2020

Cara Mencipta & Menghantar Gmail Secara Berkumpulan

Senangnya hantar email sebegini!

Automobile Wed, 13 Jun 2018

看傻眼了!宾士超跑展炫技「隧道里飞檐走壁」

说到这十年来让人印象深刻的圣殿级超跑,应该不少人会想到这台 Mercedes-Benz SLS AMG,当时还请来车神舒马赫拍摄广告。

TECH Sat, 26 Jan 2019

5 Aplikasi Whatsapp “Terlarang” Dengan Fungsi Tambahan Yang “Mantap”

Berikut kami kongsikan info aplikasi-aplikasi tambahan Whatsapp yang tidak dapat dipasang pada Playstore kerana statusnya “terlarang”.

TECH Tue, 10 Apr 2018

Instagram Memasukkan Efek Bokeh Di Dalam Fungsi Kamera

Fungsi yang diberi nama Focus itu membolehkan pengguna untuk memfokuskan subjek di dalam gambar atau video seterusnya mengkaburkan latar belakang subjek. Fungsi ini dihadirkan untuk kamera hadapan dan juga belakang dan juga boleh dikirim melalui Instagram Direct atau Story.  Malangnya, […]

TECH Thu, 18 Jul 2019

Langkah Alternatif Pengganti Tombol Bunyi Pada Android

Kepada anda yang memiliki peranti Android yang rosak tombol bunyi, berikut kami kongsikan alternatif kepada masalah tersebut.

TECH Wed, 11 Jul 2018

OnePlus 6 Warna Putih Sutera Menemui Peminat Tempatan

OnePlus Malaysia semalam telah mengumumkan penawaran satu lagi variasi warna menarik untuk bakal pembeli tempatan, warna putih sutera. Merupakan edisi terhad, OnePlus 6 putih sutera hanya boleh didapati secara eksklusif ditiga gedung dalam talian rasmi OnePlus Malaysia […]

TECH Mon, 8 Oct 2018

Cara Membuat “Google Form” Menggunakan Android

Berikut kami kongsikan cara untuk membuat Google Form dengan pantas menggunakan peranti Android. Caranya sangat mudah ikuti sahaja langkah berikut.

TECH Sun, 25 Aug 2019

Cara Menghapus Data Aplikasi di Smartphone Android

Selain guna Clear Cache boleh juga guna cara ini