Categories: TECHTech News

Cara Mengatasi Masalah Simkad Tak Aktif Pada Modem

Kepada anda yang menggunakan Modem 4G sebagai medium perkongsian Internet, berikut kami kongsikan langkah penyelesaian sekiranya berlaku masalah simkad yang tidak dapat dikesan oleh modem.

Sebagai contohnya bagi pengguna simkad YES 4G, ianya berkemungkinan tidak dapat dikesan oleh modem MiFi 4G jenama TP-Link seperti yang berikut.

 

 

Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah berikut.

Pertama sekali masuk ke bahagian tetapan bagi modem, masukkan kata laluan sekiranya perlu

 

 

Maka akan muncul paparan seperti berikut. ianya berbeza bagi jenis modem namun fungsinya tetap sama.

 

pilih pada menu Advanced > Dial – up Settings. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan memasukkan maklumat simkad tersebut seperti berikut dan seterusnya klik pada tombol Create. 

 

Maka profil baru berkenaan simkad tersebut akan wujud dan seterusnya sambungan internet akan dapat dilakukan, selesai.

Rosli Ab Rahman