Categories: TECHTech News

Cara Menukar Paparan iPhone kepada versi “Black”

Tips kali ini khusus kepada anda yang inginkan kelainan dalam paparan peranti iPhone. Mungkin juga ada sesetengah pengguna yang tidak suka apa dengan paparan yang putih dan terlalu cerah.

Berikut kami kongsikan kaedah untuk menukarkan paparan asal iPhone kepada versi hitam. Versi ini hanya ada pada peranti iPhone dengan iOS 11 dan keatas sahaja.

Pertama sekali masuk ke menu Setting >> General

 

Kemudian pilih menu Accessibility

 

Pilih menu Display Accomodations

 

Seterusnya pilih menu Invert Colours

Selamat mencuba!

SGMS Putri