Categories: TECH

CyberSecurity Malaysia Harumkan Nama Negara

CyberSecurity Malaysia bertanggunghawab untuk membangunkan pelbagai jenis program latihan keupayaan dan kompetensi serta platform perkongsian pengetahuan menerusi Pembangunan Profesional Keselamatan Siber.

Ia merupakan sebuah agensi keselamatan siber kebangsaan di bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang menyediakan kepakaran mahupun perkhidmatan dalam bidang keselematan siber untuk sektor awam, swasta dan komuniti awam.

Hari ini, Menteri Komunikasi dan multimedia, Gobind Singh Deo telah mengeluarkan kenyataan media mengenai pencapaian membanggakan Pasukan Tindakan Balas Keselamatan Komputer Malaysia (MyCERT) di bawah pengelolaan CyberSecurity Malaysia (CSM).

Gambar: Kementerian Komunukasi dan Multimedia Malaysia

Mereka telah mengharumkan nama Malaysia apabila muncul sebagai juara keseluruhan dalam pertandingan ‘ASEAN Capture the Flag (CTF)’ yang telah diadakan pada 25 hingga 27 Jun yang lalu.

Gambar: Kementerian Komunukasi dan Multimedia Malaysia

 

Sumber: Kementerian Komunukasi dan Multimedia Malaysia

SGMS Enal