Categories: TECH

Guna Bukan Jenis ‘Fast Charging’ Pun Boleh Cepat Cas

Di pasaran, terdapat beberapa pengeluar yang menyediakan fungsi mengecas pantas hasil kuasa bateri, prosesor, port yang mampu mempercepatkan anda menggunakan fon.

Bayangkan, dalam masa 5 minit cas pun anda sudah boleh memperoleh sehingga 30% bateri dalam telefon anda. Itu kesediaan yang sememangya ada dalam fon moden. Bagaimana pula jika telefon anda bukan di kalangan SuperCharge dan sebagainya.

Adakah anda masih mampu mengecas pantas terutama ketika waktu mendesak? Jawapannya sudah pasti ya namun anda perlu lakukan salah satu langkah ini:

1. Aktifkan mod flight

Menghidupkan tetapan ini pastinya dapat meringankan telefon pintar anda memandangkan ia boleh menghentikan segala perkhidmatan data Internet dan aplikasi lain seperti Facebook, Instagram dan WhatsApp. Secara automatik, ia dapat menghentikan anda daripada penggunaan telefon seterusnya mempercepatkan.

2. Pastikan peranti tidak panas

Jika telefon berada dalam keadaan panas, ia boleh melambatkan pengecasan. Oleh itu sekiranya anda menggunakan kasing, pastikan anda menanggalkannya terlebih dahulu buat seketika agar ia sejuk sehingga bateri dicas penuh.

3. Aktifkan battery saving mode

Dalam mode ini, aplikasi yang tidak di gunakan secara automatik akan dihenti, jadi kita tidak akan menerima notifikasi daripada sebarang aplikasi sekali gus boleh mengecas.

Sumer: theskop.com

SGMS Enal