Categories: TECH

Hardisk Pun Kena Ada Kata Laluan Ya!

Hardisk bertindak untuk menyimpan data yang tidak dapat di simpan di komputer atas sebab ‘full disk’. Walaupun simpan data di dalam hardisk jangan ingat tidak kecurian data ya. Jadi untuk lebih selamat, apa kata ikut langkah ini untuk meletakkan kata laluan agar tidak diceroboh. 

Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan memuat turun aplikasi StorageCrypt, boleh sahaja menggunakan pautan berikut.

Langkah seterusnya

  1. Buka aplikasi StorageCrypt yang telah siap dipasang
  2. Sambungkan cakera keras
  3. Pilih peranti tersebut pada menu Choose Your Drive
  4. Pilih Quick encryption pada menu Encryption Mode. Anda juga boleh memilih Deep encryption untuk perlindungan yang lebih selamat.
  5. Pilih Full pada Portable Use
  6. Akhir sekali masukkan kata laluan sebanyak dua kali dan tekan tombol Encrypt sehingga keluar bunyi Bleep. Selesai, cakera keras anda sekarang sudah dilengkapi dengan kata laluan.

Sekarang dah selamat , tiada lagi risau dan gusar ye 

SGMS Enal