Robot Hidup Pertama Di Dunia Kini Boleh Membiak

Saintis Amerika Syarikat yang sebelum ini telah pertama kalinya mencipta robot hidup dipanggil Xenobots memberitahu, robot itu kini boleh membiak.

Pembiakkannya dikatakan tidak sama seperti cara pembiakan tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang kita biasa lihat.

Xenebots dibentuk daripada sel stem katak jenis cakar Afrika (Xenepus laevis).

Robot ini bersaiz kurang daripada satu milimeter (0.04 inci) lebar.

Memetik laporan CNN, robot yang menyerupai gumpalan kecil seperti bentuk bakteria ini mula diperkenalkan pada tahun 2020 selepas kajian menunjukkan bahawa ia boleh bergerak dan bekerjasama dalam kumpulan.

Malah, xenobots juga boleh menyembuhkan dirinya sendiri.

Para penyelidik dalam kajian ini mengikis sel stem hidup daripada embrio katak dan meninggalkannya untuk mengeram.

Tiada manipulasi gen yang terlibat dalam kajian ini.

Josh Bongard yang juga merupakan pengarang utama kajian ini berkata kebanyakan orang menganggap robot diperbuat daripada logam dan seramik.

Bongard berpendapat cara robot diperbuat tidak penting, apa yang penting adalah apa yang robot itu boleh lakukan dan bertindak.

Dengan bantuan teknologi kecerdasan buatan (AI) para penyelidik menguji berbillion bentuk badan untuk menjadikan xenobots lebih berkesan pada jenis replikasi ini.

Super-komputer itu menghasilkan bentuk C yang menyerupai Pac-Man, permainan video tahun 1980-an.

Penyelidik menemui sel stem kecil yang berada di dalam piring petri telah mengumpulkan ratusan sel-sel itu di dalam mulutnya, beberapa hari kemudian kumpulan sel itu menjadi xenobot baharu.

Sumber: CNN

Arfah