Categories: FeaturedTrending

Disindir Gara-Gara Pasukan JDT Kalah, TMJ Bagi Pesanan ‘Deep’ Buat Individu Ini

Kemenangan pasukan Kuala Lumpur City (KL City) FC sebagai juara Piala Malaysia edisi ke 100 menundukkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan kemenangan 2-0 pada perlawanan final di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi terus mendapat tumpuan sehingga ke hari ini.

Malah, ada segelintir netizen dilihat sengaja menyindir kekalahan pasukan JDT dan mentertawakan kelab yang dianggap sebagai ‘High Class’ ini.

Tidak habis disitu, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @khairizulfadhli  dilihat bertindak mentertawakan pasukan JDT sambil meninggalkan ucapan sinisnya diruangan komen.

Justeru itu, tindakan berani pemuda ini nampaknya dibalas dengan kata-kata ‘makan dalam’ oleh Pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi ciapannya di Twitter.

Bagaimanapun, TMJ dilihat turut mengucapkan tahniah buat pasukan KL City diatas kemenangan pasukan tersebut pada malam tadi menerusi hantaran di laman Insta Story miliknya.

Pada perlawanan malam tadi KL City berjaya mengakhiri penantian 32 tahun bergelar juara Piala Malaysia dengan menewaskan JDT 2-0.

Gol berkenaan berjaya dijaringkan pemain sayap KL City Zharif Yahya sebelum Paulo Josue menambah derita JDT untuk jaringan kedua untuk skuad The City Boy.

Salma Syahbuddin