Categories: TECH

Serangan Ransomware Menyebabkan Sistem Bandar Johannesburg Tergendala

Pada 25 Oktober lalu bandaraya terbesar Afrika Selatan, Johannesburg telah diserang ransomware. Serangna tersebut sekaligus menyebabkan sistem bandaraya itu termasuklah servis e-platfom, laman sesawang, sistem bayaran bil atas talian terpaksa diberhentikan oleh pihak berkuasa.

Menerusi perkongsian oleh pihak media bandar itu di laman Twitter, penggodam dilaporkan meminta bayaran sebanyak 4BTC atau bersamaan sekitar USD30,493.00 dari pihak berkuasa tempatan negara itu.

Bayaran pula mestilah dibuat sebelum 28 Oktober ini.

Sumber: Wiser.my
SGMS Enal