Teksi Terbang Uber Menjelang 2020!

Wah! Bayangkan bagaimana agaknya kalau ada pengangkutan teksi terbang?

Pasti cepat kan perjalanan kita kalau nak ke mana-mana!

Tetapi, persoalannya betul ke ada perkhidmatan teksi terbang atau dikenali sebagai “Uber Air” ini dalam masa 5 hingga 10 tahun akan datang?

Merujuk kepada keyakinan yang disuarakan oleh Pegawai Eksekutif Uber Technologies Inc, Dara Khosrowshahi, pada forum pelabur di Tokyo baru-baru ini,  perkhidmatan teksi terbang akan menjadi salah satu kaedah pengangkutan awam dengan kos yang berpatutan.

Pengasas aplikasi kemudahan kenderaan dari Amerika itu yang baharu pertama kali melawat Asia, melihat Jepun berpotensi sebagai pasaran menguntungkan malah mempunyai kuasa beli yang tinggi.

Menurut Reuters, Khosrowshahi memberitahu, perkhidmatan teksi terbang ini akan membawa penumpang pada kawasan atitud rendah.

“Uber telah menjalankan kajian berhubung konsep teksi terbang ini sejak hanpir dua tahun lalu malah telah bekerjasana dengan NASA pada November tahun lalu untuk mencipta satu sistem trafik udara bagi mengawal keselamatan penumpang,” tambah Khosrowshahi.

Perkhidmatan teksi terbang  ni dijangka beroperasi pada tahun 2020 dengan pelaksanaannya bermula di Dallas dan Los Angeles, Amerika Syarikat serta Dubai.

Agak-agak sampai ke Malaysia tak? 

SGMS Fas