Categories: TECHTech News

Tips Penjagaan Persekitaran Komputer

Tips ini adalah untuk penjagaan persekitaran komputer anda. Jika anda berjaya melakukan 4 tips ini, komputer anda panjang hayatnya untuk digunakan

1. Minuman dan Makanan

Elakkan daripada minum atau makan ketika menggunakan komputer. Ia akan mendatangkan masalah sekiranya air atau makanan anda tertumpah pada keyboard atau perkakasan lain.

2. Debu

Musuh komputer yang utama adalah debu/habuk. Jangan letak komputer anda di bahagian yang sentiasa terdedah kepada habuk seperti berhampiran dapur. Jangan letakkan komputer anda dibahagian bawah atau berada dilantai, ia memudahkan lagi habuk merosakkan komputer anda. Sekiranya anda membersihkan rumah, seperti menyapu, mengibas permaidani atau baju jauhi dari komputer anda. Seelok2nya sediakan bilik khas untuk komputer anda.

3. Haba

Haba juga adalah salah satu musuh utama kerosakkan komputer. Gunakanlah komputer anda di tempat yang mempunyai aliran udara yang baik. Semakin lama anda menggunakan komputer semakin banyak haba dikeluarkan. Sekiranya haba terlampau panas, ia boleh menyebabkan kerosakkan pada komponen komputer. Seelok-eloknya gunakan kipas atau penghawa dingin di persekitaran komputer anda.

4. Merokok

Asap atau habuk rokok boleh menyebabkan kerosakan pada komputer. Habuk rokok mudah menyelinap masuk pada celah-celah keyboard.

Tak salah mencuba benda yang mudah. Bila dipraktikkan nanti pasti membuahkan hasil 

SGMS Putri