Categories: TECHTech News

Twitter Dan Tweetdeck Terganggu

 Twitter dan aplikasi urusan dashboard bagi Twitter, dipanggil  TweetDeck mengalami gangguan bagi sejumlah besar pengguna selepas gergasi media sosial itu mengalami kerosakan global.

“Kami mengalami gangguan pada sebahagian besar Twitter dan TweetDeck. Anda mungkin mengalami masalah melakukan Tweeting, mendapatkan notifikasi, atau melihat DMs.

“Kami sedang berusaha membaiki kerosakan dan keadaan harus kembali normal dalam sedikit masa,” demikian menurut Twitter Support yang mengirim notis di halamannya pada tengah hari.

Terdahulu, Tweetdeck mengalami gangguan dan isu berkenaan dipercayai bermula pada 8 malam hari Selasa di wilayah tertentu dan pada 11 pagi hari Rabu, Bernama mendapati pengguna yang cuba melakukan log-in ke TweetDeck diarahkan ke laman web Twitter biasa.

Menurut Laporan Kerosakan, laman itu tidak dapat diakses di seluruh Asia Pasifik, Eropah dan Amerika Utara dan Selatan.

— BERNAMA

SGMS Enal