#ThrowbackXTRA By: Fatin Nurain August 30, 2023 @ 6:45pm

#ThrowbackXTRA: Hampir 2 Dekad Dalam Industri Fesyen, Ini Kejayaan & Perjalanan Rizman Ruzaini!

Terkenal dengan hasil rekaan pakaian yang cantik, mewah dan eksklusif, pereka fesyen Rizman Ruzaini meluahkan rasa syukur kerana sudah bertapak dalam industri fesyen tanah air hampir dua dekad.

Umum mengetahui, sebelum ini setiap busana yang direka oleh dua rakan baik, Rizman Nordin dan Ruzaini Jamil ini sering diperagakan dalam kalangan selebriti dan golongan ternama.

Dalam segmen #ThrowbackXTRA minggu ini, pereka fesyen duo ini bakal berkongsikan kejayaan yang telah dikecapi sepanjang menempa nama dalam industri.

Permulaan Jenama Rizman Ruzaini

Mula menceburi industri fesyen tanah air pada 2005, Rizman Ruzaini bersyukur apabila jenama mereka kini mula digayakan oleh semua golongan meskipun sebelum ini hanya dikenali dalam kalangan golongan ternama.

“Perjalanan Rizman Ruzaini hampir dua dekad. Tahun ni adalah tahun ke-18 kami dalam industri fesyen.

“Alhamdulillah, saya rasa daripada permulaan Rizman Ruzaini yang hanya menggayakan selebriti dan hanya buat baju untuk acara perkahwinan dan sebagainya.

“Pada tahun ke-18 ini, kita telah mengorak langkah yang lebih besar. Kalau dulu sesetengah orang sahaja yang boleh menggayakan jenama kami, tapi sekarang seluruh rakyat Malaysia boleh gayakan jenama kami melalui RR juga.

“Sudah tentu itu menjadi kebanggaan kami bila pergi mana-mana kita dapat tengok orang pakai karya kami yang memberikan kepuasan yang sangat besar,” katanya.

Perancangan Jangka Masa Jauh

Menurut Rizman, dia bersama rakan baiknya, Ruzaini merancang untuk meluaskan sayap jenama fesyen mereka ini ke luar negara.

Malah, mereka juga berhasrat untuk menjadikan jenama Rizman Ruzaini ini sebagai jenama yang mampu membanggakan Malaysia dalam industri fesyen di seluruh dunia.

“Perancangan akan datang pula, sudah tentu kami nak bawa nama Malaysia ke mata dunia. Itu menjadi benchmark kita untuk fasa seterusnya.

“Kita nak membanggakan Malaysia, yang mana satu hari nanti bila orang luar bercakap tentang fesyen ada nama RR yang boleh dibanggakan,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#ThrowbackXTRA Wed, 16 Aug 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 12 Jul 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 29 Nov 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 20 Sep 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 20 Mar 2024
#ThrowbackXTRA Wed, 27 Sep 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 10 Jan 2024
#ThrowbackXTRA Wed, 31 May 2023