#ThrowbackXTRA By: Fatin Nurain September 20, 2023 @ 7:20pm

#ThrowbackXTRA: Lalui Asam Garam Berumah Tangga, Aliff Aziz & Bella Astillah Bongkar Rahsia Kekal Bahagia

Genap tujuh tahun mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti Aliff Aziz dan Bella Astillah tidak terlepas daripada melalui asam garam kehidupan sepanjang bergelar suami isteri.

Dalam segmen #ThrowbackXTRA minggu ini, pasangan tersebut tampil berkongsi dan merungkai rahsia kekal bahagia selepas melalui fasa sulit dalam rumah tangga.

Bibit Awal Perkenalan

Aliff dan Bella merupakan antara pasangan selebriti yang mendirikan rumah tangga diusia yang sangat muda.

Menurut Aliff, mereka hanya berkenalan ketika bertemu di sebuah majlis dan kerap berhubung atas urusan kerja sekali gus tercetus bibit awal berputiknya cinta.

“Kami bertemu di sebuah majlis. Kemudian, kami saling berhubung atas urusan kerja. Selepas itu, mulalah berputik bibit cinta itu, lepas tu ada bergaduh dan berpisah sekejap untuk seketika.

“Tapi, itulah orang kata kalau dah jodoh tu, InsyaAllah, Allah pertemukan balik. Alhamdulillah, selepas melalui pelbagai rintangan ia menjadi satu fasa untuk kami sama belajar dan masih ada lagi di sini,” katanya.

Harungi Ujian Sebagai Fasa Mematangkan

Umum mengetahui, Aliff dan Bella juga antara pasangan yang pernah menjadi tumpuan ramai disaat mereka berhadapan dengan kontroversi rumah tangga sejak usia yang masih muda.

Namun, pasangan ini menganggap perkara itu bukanlah satu ukuran sebaliknya menjadikan kontroversi tersebut sebagai satu fasa yang mematangkan.

“Sebenarnya, usia muda atau tidak, perkara itu bukan ukuran. Tapi perkara yang menguatkannya disebabkan kami adalah anak seni, jadi banyak perkara yang orang ambil tahu.

“Kadang-kadang bila orang dapat tahu sesuatu perkara tu mereka suka tokok tambah jadi perkara itu ada kalanya menambahkan tekanan.

“Tapi, ini adalah jalan yang kami pilih dan kami lebih matanglah untuk harungi cabaran yang kami lalui,” kata Aliff.

Momen Indah Sepanjang Berkahwin

Biarpun sudah melalui pelbagai rintangan dalam berumah tangga, Aliff dan Bella turut berkongsi momen indah yang pernah diharungi bersama.

Menurut Bella, antara momen indah sepanjang dia bergelar isteri adalah apabila dikurniakan dua cahaya mata yang sangat comel, Ayden Adrian, 5 dan Ara Adreanna, 2, serta dihargai suami tercinta.

“Sememangnya sewaktu saya dapat tahu saya mengandung dan dikurniakan dua cahaya mata yang comel dan asalkan Aliff sentiasa menghargai saya, perkara itu akan sentiasa menjadi momen indah buat saya,” kata Bella.

Dalam pada itu, Aliff turut menyatakan keinginannya untuk melakukan kembali aktiviti-aktiviti yang pernah dilakukan ketika bercinta dahulu demi menjaga keharmonian rumah tangga bersama yang tersayang.

“Selepas dah tujuh tahun berkahwin ni, ada kalanya saya rasa teringin nak meluangkan masa berdua seperti pasangan lain lakukan.

“Sekarang ni, kami berdua pun sibuk bekerja dan saya rasa perkara itu is a simple thing untuk kami cherish. Macam pergi makan malam bersama, tengok wayang dan luangkan masa bersama keluarga dan anak.

“Dan ini merupakan salah satu memori yang kami cuba buat biarpun ada jadual yang padat,” jelasnya

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#ThrowbackXTRA Wed, 27 Dec 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 17 May 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 29 Nov 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 7 Jun 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 6 Sep 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 21 Jun 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 12 Jul 2023