#ThrowbackXTRA By: Fatin Nurain September 6, 2023 @ 4:43pm

#ThrowbackXTRA: Ceburi Dunia Lakonan Kerana Bapa, Alya Iman Berkarya Kerana Minat

Umum mengetahui, aktres jelita Alya Iman merupakan anak kepada pelakon, Allahyarham Azmil Mustapha yang pernah membintangi filem Ali Setan.

Menerusi segmen #ThrowbackXTRA minggu ini, Alya tampil berkongsikan detik permulaan dirinya menceburi dunia lakonan.

Tuah Lakonan Bapa

Menurut Alya, tuah penglibatannya dalam industri lakonan kerana dirinya juga merupakan seorang pelakon terkenal suatu ketika dahulu.

Namun, dia tidak menganggap perkara itu sebagai satu keistimewaan kerana dirinya juga mempunyai minat untuk berlakon.

“Tak dinafikan orang ambil saya berlakon sebab saya anak pelakon. Memang rezeki saya ada satu hari tu orang call saya tanya nak berlakon ke tak? So, saya cuba berlakon masa.

“Percubaan pertama saya pada tahun 2018 dan saya terus jatuh cinta dengan industri lakonan. Saya rasa berlakon itu passion saya dan saya willing to learn and explore more,” katanya.

Modelling Sebagai Pekerjaan Hakiki

Alya turut menyatakan sebelum bergelar seorang pelakon, dia sudah menceburi dunia ‘modelling’ sejak berusia 13 tahun lagi.

Malah, Alya turut menyifatkan kerjaya sebagai seorang model itu merupakan pekerjaannya yang hakiki.

“Sebelum saya berlakon saya buat modelling. Tahun ni dah masuk tahun yang ke-9. Saya dah buat modelling dari umur 13 tahun. Saya suka bergaya-gaya ni dulu.

“Bagi saya, berlakon adalah passion. Saya suka berlakon dan belajar watak yang berbeza. Kita boleh jadi apa-apa yang kita nak.

“Modelling ni bagi saya, satu pekerjaan yang kalau orang luar 9.00 pagi sampai 5.00 petang kan. Kerja saya adalah modelling. Dia adalah kerja harian saya. So, saya tak boleh pilih mana satu sebab saya suka dua-dua,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#ThrowbackXTRA Wed, 7 Jun 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 24 Apr 2024
#ThrowbackXTRA Wed, 16 Aug 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 12 Jul 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 27 Dec 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 29 Mar 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 12 Apr 2023