#ThrowbackXTRA By: Fatin Nurain April 24, 2024 @ 11:51am

#ThrowbackXTRA: Rindu Momen Buat Pelita Sendiri, Ziana Zain Kenang Syawal Paling Bermakna

Apabila menjelang musim perayaan, terdapat pelbagai aktiviti dan kenangan manis dapat dilakar tatkala berhimpun bersama sanak-saudara.

Malah, momen ketika menyambut Syawal itu sering menjadi kenangan paling manis dalam setiap individu.

Menerusi #ThrowbackXTRA minggu ini, penyanyi tersohor Ziana Zain tampil berkongsi kenangan Syawal yang paling bermakna buatnya.

Menurut Ziana, antara momen manis yang paling tidak dapat dilupakan apabila dia bersama sepupunya pergi ke hutan mencari buluh untuk membuat pelita sendiri.

“Masa kecil saya suka balik kampung. Saya dan juga sepupu saya akan masuk ke hutan belakang rumah makcik kami dan cari buluh. Kami akan buat pelita tujuh likur tu. Satu buloh tu kita akan ada tiga ke empat sumbu.

“Jadi, dia tak macam selalu dan kami akan rasa seronok sangat sebab buat sendiri. Jadi kalau balik kampung tu tiga hari sebelum raya dah meriah dah. Tu yang paling best tapi anak-anak zaman sekarang tak merasa dah,” katanya.

Dalam pada itu, Ziana sempat berkongsi antara juadah yang sering dinanti-nantikannya ketika Aidilfitri ialah kuah kacang dan rendang ibunya yang mesra disapa sebagai Mak Jah.

Kata Ziana, kuah kacang dan rendang masakan ibunya itu merupakan antara menu yang sering menjadi rebutan tetamu yang berkunjung ketika beraya.

“Hidangan raya yang paling saya suka kuah kacang dan rendang mak saya. Memang terbaik. Kalau orang datang rumah saya, mereka akan cari mak saya punya rendang, kari ayam pencen dengan kuah sate.

“Tetamu memang datang rumah sebab itu sahaja. Tapi dalam dua tahun ni kita banyak order je sebab saya sibuk, mak saya pun dah tua dah umur 73 tahun. Tak larat nak potong bawang semua, jadi apa yang ada itulakh kami makan,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#ThrowbackXTRA Wed, 8 Nov 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 10 May 2023

#ThrowbackXTRA: Gambit Saifullah Pernah Lari Ke Thailand Ketika Beraya

Setiap kali musim perayaan, pasti akan ada momen paling menarik dan kenangan yang tidak dapat dilupakan ketika beraya bersama keluarga di kampung. Malah, ada juga yang sengaja mencari pasal atau agenda nakal untuk menjadikan raya […]

#ThrowbackXTRA Wed, 13 Mar 2024
#ThrowbackXTRA Wed, 6 Sep 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 11 Oct 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 27 Dec 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 24 May 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 20 Sep 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 29 Nov 2023