#ThrowbackXTRA By: Fatin Nurain May 24, 2023 @ 2:58pm

#ThrowbackXTRA: Dari Model Ke Dunia Lakonan, Hazeeq Dean Kongsi Cabaran Sebelum Raih Populariti

Setiap selebriti yang sudah mula meraih populariti, pasti pernah melalui fasa kehidupan yang sukar dan mencabar sebelum bergelar anak seni.

Malah, segala kesusahan yang pernah dilaluinya itu menjadi titik permulaan bagi mereka untuk berubah menjadi lebih baik.

Dalam segmen #ThrowbackXTRA minggu ini, pelakon Hazeeq Dean tampil berkongsi tentang kehidupannya sebelum bergelar pelakon dan popular sehingga hari ini.

Model VS Lakonan

Menurut Hazeeq, dia merupakan seorang model sebelum dirinya menceburkan diri ke dalam dunia lakonan.

Malah, dia juga tidak sangka dunia peragaan dan lakonan mempunyai cabaran yang sangat berbeza.

“Sebelum saya mula berlakon saya seorang model. Semestinya sangat mencabar sebab model dan lakonan adalah industri yang sangat berbeza. Totally opposite.

“Dia sangat challenging sebab dunia modelling kita tak payah bercakap dan hanya fokus pada body language and figure. Bila masuk dalam dunia lakonan banyak benda yang saya kena belajar.

“Antara cabarannya macam kena maki kat set tu perkara biasa. Saya pun terima benda tu sebagai teguran dan saya suka sebab kalau tak macam mana kita nak jadi yang terbaik,” katanya.

Rupa Paras Itu Bonus

Ditanyakan sama ada rupa paras yang menjadi punca dirinya popular sehingga kini, Hazeeq bagaimanapun menganggap ia adalah perkara bonus kerana bakat dalam lakonan menjadi keutamaannya.

“Saya tak menganggap rupa yang saya ada ni sebagai punca nama saya meningkat sebab High Council telah membuktikan rupa tak ada apa. Benda tu bonus bakat tu yang utama.

“Kalau saya diberi peluang untuk kembali ke masa lalu pun, tak ada apa yang saya nak ubah sebab saya percaya dengan apa saya lalui selama ini yang menjadikan saya sekarang ini.

“Kalau masa lalu itu boleh diubah mungkin saya tak ada kat sini. Alhamdulillah, saya bersyukur sangat Allah berikan kekuatan diri untuk teruskan hidup dan stay strong,” kongsinya.

Lumrah Diganggu Komen & Mesej Nakal Dari Peminat

Dalam pada itu, Hazeeq turut berkongsi dirinya juga tidak lari dari menerima komen nakal dari peminat sejak namanya mula dikenali ramai.

Namun, perkara itu bukanlah cabaran terbesar baginya kerana dia kurang berinteraksi dan jarang membaca komen yang diterima dari peminat.

“Benda tu bagi saya bukan satu halangan atau pun cabaran sebab saya dah lalui benda ni dari Hero Remaja lagi.

“Saya layan peminat pun macam family sebab tanpa mereka saya tak ada kat sini kita tapi kalau yang over tu tak adalah layan.

“DM yang teruk-teruk tu awak sendiri boleh bayangkan kot sebab benda ni luar biasa tapi bagi saya mungkin mereka sangat teruja kot tapi saya tak layan dan jarang baca komen,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 14 Feb 2019
Hiburan Mon, 17 Jun 2019
Featured Tue, 3 Jan 2023

[VIDEO] “Siapa Suruh Tengok Bola.. Fokus Dekat Keeper Pula Tu” – Eyra Hazali ‘Throwback’ Gambar Kahwin Dengan Suami

Comel je family ni! Siapa sangka semuanya bermula daripada post dkt IG story je hihi

Featured Tue, 6 Dec 2022
Trending Fri, 31 Jan 2020

[VIRAL] Kes Kemaluan Bau Ikan Masin, Pelakon Ini Alami Tekanan Melampau

Semoga yang baik-baik sahaja buat Fairuz dan suami.

Hiburan Tue, 28 Sep 2021

“Dia Buat Pun Tak Cakap Dengan Saya” – Ellie Suriaty Dedah Azri Iskandar Diam-Diam Ambil Vaksin, Dah Lengkap 2 Dos

Pelakon dan pengarah Ellie Suriaty mendedahkan suaminya, pelakon Azri Iskandar sudah lengkap dua dos vaksinasi. Biarpun sebelum ini Ellie dan Azri diketahui enggan menerima suntikan vaksin Covid-19 atas faktor keselamatan, Ellie akur dengan tindakan suaminya.

Contest Mon, 22 Jan 2018

#xtra好康头 | 送你《GoGo旺得福》贺岁专辑+红包封还不够!加码多送Jasmine新阳香米

[xtra好康头] 配合2018年戊戌狗年的到来,xtra除了将送你《GoGo旺德福》贺岁专辑以及限量版红包封外,还会加码多送10KG Jasmine新阳香米,与大家一起倒数迎接“旺得福”的到来!

| Live TV