Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Anugerah By: Padin January 20, 2023 @ 10:30am

Di Sebalik ‘Dimensi Muzik’ Anugerah Juara Lagu Ke-37

Pentas akhir pertandingan muzik berprestij tanah air, Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL 37), bakal tiba tidak lama lagi.

Evolusi muzik yang dipertandingkan sentiasa mengikut peredaran masa memastikan AJL kekal relevan biarpun sudah wujud sejak 1986.

Kekuatan acara ini juga terletak pada nilai kreativiti yang diketengahkan menerusi pelbagai medium oleh penggiat seni dan pihak penganjur sendiri.

Tema AJL 37

Tema yang ditetapkan oleh pihak penganjur bagi setiap edisi AJL sentiasa memberi ruang untuk para pengkarya mengetengahkan kemahiran seni mereka. Menurut Shahrizan Razalli, penerbit AJL 37, pemilihan tema ‘Dimensi Muzik’ bagi edisi ini adalah hasil daripada gabungan beberapa elemen lain.

“Asalnya, ia bukan ‘dimensi.’ Ia sebenarnya ‘warna’ yang melambangkan genre muzik, penyanyi itu sendiri dan penampilan lagu-lagu. Jadi apabila ‘warna’ digabungkan dengan artis semasa yang menyanyikan semula lagu-lagu lama, ia seperti imbas kembali dengan ‘warna’.

“Kami memutuskan untuk menggabungkan flashback dan throwback dengan ‘warna.’ Kemudian, kita dapatlah ‘Dimensi Muzik’ di mana arahnya masih melambangkan era penyanyi dan genre muzik,” katanya.

Cetusan ‘Dimensi Muzik’

Shahrul Osman yang memegang jawatan sebagai pereka senior bagi AJL kali ini menjelaskan lebih lanjut tentang tema ‘Dimensi Muzik’ yang diketengahkan.

“Apabila mereka memberi kami idea utama itu, saya dan rakan-rakan dari bahagian studio kreatif yang terlibat untuk AJL tahun ini mula berfikir tentang apa yang kami boleh lakukan dengan tema ‘Dimensi Muzik,’” kata Shahrul.

Setelah pertimbangan yang teliti, mereka telah memutuskan untuk membawa konsep ‘refleksi.’

“Buah fikiran ini tercetus kerana apabila kita berfikir tentang ‘refleksi,’ ia seperti dari dimensi lain. Jadi bila pakai cermin, dapatlah ‘refleksi.’ Itulah dari mana idea itu tercetus,” jelasnya.

Cabaran Cermin

Idea cermin ini sememangnya membangkitkan rasa teruja sesama ahli bahagian studio kreatif.

Namun, idea unik yang melibatkan tiga cermin besar dan dua arca ini juga ternyata memberi cabaran yang lain daripada yang lain.

“Tahun ini, penggambaran dijalankan di set dengan cermin. Jadi agak rumit dari segi persiapan dan sewaktu penggambaran itu sendiri.

“Kamera kena sorok kerana kami cuba untuk meminimumkan kerja-kerja penyuntingan selepas kerja,” katanya.

Persiapan untuk menentukan kedudukan dan pergerakan kamera-kamera itu sahaja mengambil masa hampir sebulan. Hal ini membantu untuk menjadikan sesi penggambaran lebih teratur tanpa pembaziran masa. Namun, tetap berlaku beberapa insiden yang memerlukan rakaman semula kerana refleksi orang berjalan di belakang terlihat dalam visual.

Shahrul turut memberitahu bahawa cermin-cermin yang digunakan juga sentiasa perlu digilap pada frekuensi yang lebih kerap daripada yang dijangka. Hampir berlaku juga kejadian cermin pecah, namun ia berjaya diselamatkan sebelum mencecah tanah.

Shahrul juga memberi pujian kepada kumpulannya yang sentiasa komited dan bekerja keras sepanjang sesi penggambaran untuk memastikan hasil yang terbaik.

Malam kemuncak AJL 37 bakal berlangsung pada 12 Februari 2023 di Axiata Arena Bukit Jalil. Tiket boleh mula dibeli pada 23 Januari 2023 menerusi laman web www.tonton.com.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 27 Mar 2018

Siti Alami Kehilangan Banyak Darah!

‘Seharian saya berada di wad bersalin di bawah pengawasan doktor sebelum dipindahkan ke wad biasa.” – Siti Nurhaliza

Events Wed, 26 Mar 2025

Kolaborasi Dengan Hot FM, ‘Contest Berbuka Puasa’ Temukan Alyph & Peminat – “Teruja Dapat Luangkan Masa Istimewa Ini “

Penyanyi rap asal Singapura, Alyph akhirnya menjalankan kolaborsi bersama dalam satu acara istimewa yang dipanggil  ‘Contest Berbuka Puasa’.

Cahaya Mata Fri, 2 Jun 2023
Featured Wed, 21 Aug 2024
Hiburan Sun, 3 Nov 2024
Hiburan Sat, 27 Jan 2018

Kenapa Yuna Rahsiakan Perkahwinan

Betul ke Yuna rahsiakan perkahwinan dan kenapa perlu berbuat sebegitu

Featured Sat, 10 May 2025

Ayda Jebat Kongsi Detik Seram Tidur Bersama Anak- “Nayla Bercakap Tapi Pandang 1 Sudut Random.. Kadang Atas, Kadang Tepi Kita”

Nayla juga pernah enggan masuk ke restoran, hotel, warung, atau pusat membeli-belah.

Hiburan Thu, 27 Jul 2023
error: Content is protected !!