Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Fas March 27, 2018 @ 1:35am

Siti Alami Kehilangan Banyak Darah!

Setiap ibu yang bersalin mempunyai pengalaman  dan risiko berbeza saat melahirkan anak. Begitu juga yang dialami oleh penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 39 tahun.

Saat melalui proses pembedahan semasa bersalin Siti mengalami kehilangan darah yang banyak.

“Namun, dengan kecekapan doktor yang pantas menggantikan semua daah yang hilang menjadikan keadaan saya kembali normal,” cerita Siti pada majlis Maulid Nabi, aqiqah dan tahnik di kediamannya di Bukit Antarabangsa malam semalam.

Kredit: Instagram Siti Nurhaliza

Memetik laporan BH Online,  Siti menambahkata, ‘Seharian saya berada di wad bersalin di bawah pengawasan doktor sebelum dipindahkan ke wad biasa.”

Plantun lagu ‘Comel Pipi Merah’ yang diterbitkan khas buat puteri tercinta, Siti Aafifah ini  turut memberitahu, kesan luka yang dialami akibat pembedahan masih belum sembuh namun demi anak tersayang beliau bersemangat melawan kesakitan dan mampu berjalan selepas tiga hari.

Siti mengakui sebagai seorang wanita dan ibu, setiap  situasi yang dilalui adalah satu pengalaman indah bahkan sebaik menatap wajah anak, serta merta segala rasa sakit hilang.

Isteri kepada Datuk Seri Mohamad Khalid Jiwa ini melahirkan Siti Aafiyah yang digelar Fatimah Az-Zahra pada awalnya pada 19 Mac lalu dan kini sedang menjalani proses berpantang sebelum kembali aktif menjelang akhir tahun ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 25 Jun 2019
Featured Thu, 16 Oct 2025
Hiburan Thu, 8 Aug 2019

泰风来袭!泰国人气男团「SBFIVE」817来马会见粉丝

泰风来袭!泰国人气男团「SB FIVE」8月17日来马会见粉丝~

Hiburan Fri, 26 Jan 2024
Hiburan Thu, 2 Jan 2020
Hiburan Fri, 9 Nov 2018

Saya Berpakaian Sebegitu Untuk Menghidupkan Jalan Cerita Dalam Muzik Video

“Walau Niat Dakwah Ianya Tetap Haram & Berdosa”

Hiburan Sat, 14 Sep 2024
Hiburan Sat, 21 Dec 2019

Ingatkan Keracunan Makanan, Rupanya Ardell…

Bakal bawa ‘penumpang’ ke misi kemanusiaan!

error: Content is protected !!