Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir July 25, 2023 @ 1:11pm

Kesihatan Merosot Tiba-Tiba Selepas 5 Kitaran Radioterapi, Ibu Ubai Ditidurkan – “Disebabkan Ibu Terlalu Sakit, Jadi…”

Pempengaruh media sosial, Ubai MZ memaklumkan ibunya iaitu Rohani Jamal sedang ditidurkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada Isnin.

Memetik laporan mStar, Ubai atau nama sebenar Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli memberitahu ibunya sudah menunjukkan kemajuan selepas menjalani lima kitaran radioterapi namun menurun tiba-tiba pada pagi Isnin.

“Sepatutnya ibu melalui enam kitaran kimoterapi tetapi hanya sempat buat lima dan berlakunya pendarahan pada rahim.

“Selepas berlaku pendarahan itu, doktor cadangkan untuk buat lima lagi lima radioterapi dan Alhamdulillah kelima-lima kitaran itu sudah juga diselesaikan.

“Pada mula, selepas rawatan radioterapi itu ibu nampak okay cuma tiba-tiba pagi tadi (semalam) doktor kata tahap kesihatan ibu tidak stabil dan ambil keputusan untuk tidurkannya,” katanya.

Menurutnya lagi, ibunya perlu menjalani semula enam kitaran kimoterapi dengan menggunakan ubat-ubatan yang lain.

“Disebabkan ibu terlalu sakit, jadi doktor mengambil langkah untuk mengawal dengan menidurkan dia.

“Doktor mahu ibu untuk beri dia berehat. Untuk rawatan seterusnya nanti mungkin ibu perlu buat semula kimoterapi sebanyak enam kitaran dengan ubat yang berlainan, tetapi dia perlu mula dengan kitaran pertama semula,” jelasnya.

Pada masa sama, tunang kepada penyanyi Shila Amzah ini memohon doa orang ramai agar ibunya diberikan kesembuhan dan kekuatan bagi melawan penyakit itu.

“Saya hanya mahu orang ramai supaya mendoakan kesihatan ibu saya supaya dia kembali sihat dan terus kuat untuk melawan penyakitnya itu,” ujarnya.

Pada 8 Julai, ibu Ubai dimasukkan ke hospital PPUM kerana mengalami pendarahan pada bahagian rahim.

Kata Ubai, keadaan ibunya itu susulan disahkan menghidap kanser ovari tahap tiga dan sudah melakukan pembedahan membuang organ tersebut pada Januari lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 29 Nov 2019
Hiburan Tue, 22 Aug 2023
Featured Wed, 30 Apr 2025

Backup Ameera Khan, Jefri Nichol Tinggal Komen Sarkastik

Nichol tampil memeprtahankan Ameera selepas kekasihnya itu menerima komen jelik.

Trending Sun, 18 Oct 2020

Jom Throwback’ 5 Benda Yang ‘IN’ Masa PKPB Lepas

Kreatif betul rakyat Malaysia ni kan

Featured Thu, 25 Sep 2025

Duet Lagu ‘Ruang Baru’ Bersama Barsena Bestandhi, Netizen Puji Vokal Aina Abdul Mendamaikan

Rata-rata warganet memuji vokal Aina yang tenang dan mendamaikan.

Hiburan Fri, 23 Jan 2026
Hiburan Fri, 11 Aug 2023
Hiburan Sun, 12 Nov 2023
error: Content is protected !!