Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida June 6, 2018 @ 4:37am

Hilang 20 Kg, Apa Rahsia Ramlah Ram?

Kurus bukan sebab nak kahwin lah…Itu pengakuan penyanyi Ramlah Ram mengenai penampilan terbarunya.

Menurut penyanyi berusia 52 tahun ini, hasil usaha keras selama setahun, dia hilang 20 kg. Wow!

Tambahnya, perubahan berat badan itu berlaku apabila penyanyi ini mendapat kritikan oleh pengikutnya di laman sosial.

“ Sejak itu saya nekad untuk kurus. Rahsianya, saya konsisten menjaga makan.

“ Sebelum ini berat badan saya 70 kilogram dan ada juga kawan-kawan ‘membawang’ pasal saya tetapi itulah orang kata buat kita semangat,” katanya di Majlis pelancaran album Nada Seni Gema Lebaran Legenda, semalam.

Dalam masa sama, Ramlah memberitahu dia mengelak untuk mengambil makanan tanpa gula dan karbohidrat sejak Ramadan tahun lalu.

“Saya mula mengamalkan diet ketat sejak bulan puasa tahun lalu dan bayangkan ketika hari raya saya hanya tengok sahaja lauk pauk yang terhidang di atas meja sebab kebanyakannya karbohidrat dan berminyak.

“Memang susah pada mulanya tetapi kena disiplin, itu sahaja rahsianya dan Alhamdulillah selepas hampir setahun saya berjaya mengekalkan cara pemakanan sihat kerana sudah terbiasa,” katanya kepada salah sebuah portal hiburan tempatan.

Dalam perkembangan lain, selepas sambutan Aidilfitiri ini, dia bakal kembali ke studio untuk merakamkan single terbaharunya.

Ramlah bakal tampil dengan tiga lagu menerusi album istimewa Raya ini dengan tiga lagu iaitu Ku Mohon Restu Ayah Bonda (nyanyian asal Mamat Exist), Seloka Hari Raya duet bersama Syamel (Uji Rashid & Hail Amir) dan Tibanya Syawal (Datuk Sharifah Aini).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 23 Aug 2022

Didakwa Gelak Kuat Kerana Suka Perhatian, Janna Nick Berlawan Dengan Penyakit

Semoga Janna terus kuat menghadapi ujian hidup ini.

Hiburan Wed, 20 Feb 2019
Featured Sat, 23 Apr 2022

JPN Sedia Bantu Isu Anak Halim Othman Berbinti ‘Abdullah’

Alhamdulillah.. Myra bersyukur namun tidak mahu emosi orang sekeliling terganggu..

Hiburan Fri, 5 Oct 2018

Janjikan Kelainan, Ruffedge Gegar Singapura ESOK!

Memandangkan ada penonton dari Singapura yang datang pada konsert kami di Kuala Lumpur, ada lagu yang kami nyanyikan tempoh hari tidak akan dinyanyikan.

Hiburan Wed, 16 Jan 2019

Hajat Versi Balada Di AJL33 Nanti?

Haa, nak tahu samada Hael bawa lagu versi balada ke tidak, tungguu!

Featured Fri, 6 Mar 2026

“Saya Perlukan Anda Sebab Jadikan Lagu Lama Saya Sentiasa Evergreen, Jangan Move On Ya!”- Siti Nurhaliza Beri ‘Hint’ Bakal Buat Konsert Lagu Raya?

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyorot perhatian apabila memberi bayangan bakal mengadakan konsert khas lagu Raya menerusi platform Threads miliknya. 

error: Content is protected !!