Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin March 26, 2025 @ 5:37pm

Kolaborasi Dengan Hot FM, ‘Contest Berbuka Puasa’ Temukan Alyph & Peminat – “Teruja Dapat Luangkan Masa Istimewa Ini “

Penyanyi rap asal Singapura, Alyph akhirnya menjalankan kolaborsi bersama dalam satu acara istimewa yang dipanggil  ‘Contest Berbuka Puasa’.

Pertemuan eksklusif yang dihadiri oleh 35 peminat bertuah, memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila Alyph sendiri meluangkan masa bersama peminat yang telah menyokong perjalanan muziknya secaa intimate.

Acara yang berlangsung di Banyan Cafe and Bistro, Kuala Lumpur ini  membolehkan peminat berbuka puasa bersama serta berinteraksi secara lebih dekat dengan artis kesayangan mereka.

Selain itu, peminat turut berpeluang memenangi sepasang kasut Nike Air Force “The Storm AF1” yang direka khas untuk Alyph, tajaan daripada ‘Hot FM Contest’.

Bersyukur atas kesempatan untuk berinteraksi secara dekat dengan peminat, pelantun lagu Swipe ini mengaku teruja dan menyifatkan acara ini sangat bermakna buatnya.

“Saya sangat teruja dapat meluangkan masa istimewa ini bersama mereka, dan saya ingin menjadikannya lebih bermakna dengan memberi kembali,” katanya.

Acara “Berbuka Puasa Bersama Alyph dan HOT FM” merupakan malam yang dipenuhi keseronokan, interaksi bermakna, serta penghargaan terhadap sokongan tidak berbelah bagi daripada peminatnya.

Selain menikmati hidangan yang disediakan oleh pihak kafe, peminat juga berpeluang mengenali Alyph dengan lebih dekat dalam suasana yang santai dan mesra.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 17 Jun 2023

“Saya Ditawarkan Nyanyi 4 Lagu…” – Viral Bergelek Sakan Di Kelab Malam, Ini Respons Baby Shima

Saya tak sengkek atau terdesak cari duit sampai sanggup untuk buat free ‘show’ – Baby Shima

Trending Mon, 10 Jun 2019

日本推出「皮卡丘」主题婚礼!婚礼招待、料理、结婚证书全是皮卡丘

红包请放在宝贝球里!日本推出「皮卡丘」主题婚礼,从婚礼招待、婚宴料理到结婚证书全是皮卡丘。

Hiburan Wed, 20 Nov 2019

Kes Curi Aliff Ditangguhkan Kerana Tuduhan Ketiga

Jangan disia-siakan bakat yang ada ye dik?

familuv Wed, 8 Aug 2018

4 Sajian Enak Berasaskan Brokoli Untuk Si Manja

Brokoli antara sayuran yang kaya dengan vitamin dan mineral.

Drama Thu, 21 Mar 2024
Trending Mon, 3 May 2021
Hiburan Fri, 31 Jan 2025
Drama Thu, 15 Dec 2022

Nabil Aqil Cabar Adam Lee? Budak Tebing 3 Terus Diuji!

Wah, tak sabar nak tengok Budak Tebing 3!

error: Content is protected !!