Euforia Bola 2026
Drama By: Padin December 15, 2022 @ 11:34am

Nabil Aqil Cabar Adam Lee? Budak Tebing 3 Terus Diuji!

Budak Tebing, sebuah drama rantaian yang mengambil pendekatan masalah sosial dalam kalangan remaja mendapat perhatian dan ikutan ramai sejak disiarkan. Karya yang dekat dengan realiti hidup masyarakat ini turut melayakkan drama Budak Tebing mengungguli kategori Drama Terbaik, Anugerah Drama Sangat (ADS) 2021.

Kembali dengan musim terbaharu, Budak Tebing terbitan Country & Universal Sdn. Bhd. menemui penonton TV3 menerusi slot Lestary, mulai 14 Disember 2022, setiap Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam dan turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman iQIYI 1 jam selepas siaran TV.

Budak Tebing 3 bakal bersiaran selama 13 episod, diarahkan oleh Nizam Zakaria dan penulisan skrip oleh Shah Rizal Mashur. Musim baharu ini dijayakan oleh barisan pelakon handalan seperti Adam Lee (Arif), Aedy Ashraf (Tongki), Eyka Farhana (Ira), Izz Ilham (Yoyol), Firdaus Ghufran (Talam), Zarina Zainuddin (Sabrina), Nellisa Nizam (Maria), serta memperkenalkan watak baharu iaitu Nabil Aqil (Kylo), Azhar Sulaiman (Badas) dan Nia Atasha (Husna).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TV3 | TV9 Drama Squad (@dramasangat)

Budak Tebing kini memasuki alam dewasa dan berhadapan dengan cabaran hidup yang lebih besar. Arif menjadi lebih serius sehingga membuatkan Talam yang bekerja dengannya rasa tertekan. Hubungan Arif dengan Yoyol juga tidak seperti dulu. Arif kerap naik angin apabila Yoyol banyak menghabiskan masa di Tebing. Malah dia turut melarang Yoyol untuk berkawan dengan sesiapa sahaja.

Kemunculan Kylo yang mendakwa dirinya ialah adik tiri kepada Tongki ingin menyatukan semula budak-budak tebing. Namun, keadaan itu disalahtafsirkan oleh Arif. Pada masa yang sama, muncul Badas yang kerap datang ke tebing. Badas mendekati Kylo dengan mengakui dirinya ialah teman rapat kepada arwah ayah Tongki. Arif dan Kylo berselisih faham lagi kerana masing-masing menganggap Badas sebagai ayah angkat. Siapakah Badas sebenarnya dan apakah motif Badas mendekati budak-budak tebing ini? Adakah Arif menerima Kylo sebagai seorang sahabat atau lawan?

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Budak Tebing 3 menerusi slot Lestary, setiap hari Rabu hingga Sabtu pada pukul 9.00 malam atau strim di perkhidmatan penstriman iQIYI 1 jam selepas siaran TV. Ia juga disertakan dengan sari kata dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia di mana penonton boleh mengakses secara percuma pada bila-bila masa melalui www.iQ.com/local atau muat turun aplikasi iQIYI di App Store dan Play Store. Pelanggan VIP iQIYI boleh menikmati akses VIP Ekspres bagi drama ini yang membolehkan penonton untuk menonton episod terkini, 1 jam selepas tayangan di TV3 manakala pengguna percuma dapat menonton 48 jam selepas.

Sejak diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2020, iQIYI telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan apabila mencapai peningkatan pengguna lebih daripada 15 kali ganda. Dari segi pertumbuhan keseluruhan dalam tahun 2021, iQIYI juga tersenarai sebagai khidmat penstriman Asia nombor satu di Malaysia berdasarkan jumlah muat turun, jumlah pelanggan aktif bulanan, dan jumlah masa yang diluangkan di platform tersebut.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 25 Jun 2019

’Ini Perkahwinan ‘Pertama’ Buat Saya’- Elly Mazlein Bakal Tinggalkan Status Ibu Tunggal

Kami doakan agar segala perancangan untuk berkahwin tahun depan dipermudahkan Allah SWT. Jangan lupa jemput kitaorang okay?

Filem Sun, 3 May 2026

Solekan ‘Pewaris Susuk’ Terlalu Real, Pelakon Sendiri Terkejut Lihat Hasil Akhir

Filem seram bukan sekadar bergantung kepada jalan cerita menakutkan, tetapi juga visual yang mampu membuat penonton rasa seolah-olah apa yang dilihat benar-benar wujud.

Hiburan Mon, 25 Dec 2017

IZARA AISYAH KINI HAMIL?

Ditanya mengenai syarat dan batasan untuk berlakon selepas menjadi isteri, Izara hanya menjawab bahawa suaminya itu adalah seorang yang sangat memahami dirinya dan juga kerjayanya sebagai seorang pelakon

Hiburan Fri, 1 Mar 2024
Hiburan Sun, 16 Jun 2019

Mad August Jim首次为团员亲自下厨?团员直呼有阴谋

Mad August团员Jim特别为3位摇滚爸爸安排了日本餐提前庆祝父亲节!团员们受惊,觉得 Jim 有阴谋要作弄他们 。

Selebriti Mon, 17 Jul 2023
Featured Thu, 2 Apr 2026

Momen Solat Bersama Undang Sebak, Norman Hakim Doa Impian Marissa Dania Dipermudahkan – “Apa Yang Adik Bisik Masa Raya…”

Pelakon Norman Hakim menyentuh hati ramai apabila berkongsi momen solat berjemaah bersama anaknya, Marissa Dania di media sosial.

error: Content is protected !!