Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari July 17, 2023 @ 8:39pm

“Tarikh Dah Dekat Tapi…” – Persiapan Hampir 70% Siap, Shila & Ubai Bakal Nikah Ogos Ini

Penyanyi popular, Shila Amzah memberi bayangan bakal bernikah dengan tunangnya, Ubaidillah Mohd Zulkefli pada Ogos ini.

Kata Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 33, persiapan perkahwinan telah hampir 70 peratus dibuat namun memilih untuk merahsiakan tarikh sebenar majlis.

Jelas Shila, ibu Ubai iaitu Rohani Jamal, 52, masih mendapatkan rawatan di hospital akibat pendarahan pada bahagian rahim susulan menghidap kanser ovari.

“Apa yang saya boleh katakan, sebanyak 70 peratus persiapan perkahwinan sudah dibuat.

“Tarikh perkahwinan memang sudah dekat tetapi buat masa ini saya tidak mahu maklumkan lagi kerana ibu Ubai masih lagi dirawat di hospital.

“Saya hanya akan memaklumkan tarikh perkahwinan kami selepas ibu keluar daripada hospital,” katanya kepada XTRA.

Shila ditemui pada sidang media Rockmantic Night Judika and The Gang yang berlangsung di Pavilion Kuala Lumpur petang ini.

Tambah pelantun lagu Memori Tercipta ini, dia mahu hari bahagianya nanti diraikan dan dihadiri oleh orang tersayang.

Malah, ibu Ubai juga dikatakan membuat permintaan untuk berada di majlis perkahwinan mereka.

“Saya tidak mahu terlalu teruja tentang bercerita soal perkahwinan demi menjaga perasaan bakal ibu mentuanya yang sedang sakit.

“Ibu (ibu Ubai) mahu berada di majlis pernikahan kami dan disebabkan itu saya belum boleh maklumkan lagi tarikh perkahwinan kami.

“Saya hanya mahu menunggu ibu keluar daripada hospital dan barulah saya akan maklumkan kepada semua,” ujarnya.

Sekadar makluman, Shila telah mengikat tali pertunangan pada 27 Mei lalu dalam sebuah majlis .

Untuk rekod, Shila pernah berkahwin dengan Haris Idraki Elias pada April 2018 namun bercerai pada Februari 2022.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Seth Uwais yang kini berusia empat tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 15 Nov 2024

Menghitung Detik 10 Hari Perkahwinan, Ramai Tak Sabar Tunggu Momen Bahagia Nina Ismail Sabri

Dalam hantaran sama, Nina turut berkongsi tanda pagar #Fromkawantokahwin dan #HafizxNina.

Hiburan Sat, 8 Jun 2019

Oppa K-Pop Nyanyi Lagu Raya, Sedap Ke?

Wow! Oppa pandai nyanyi lagu raya pun dah kira okay kan? Tak Gitu!

Hiburan Mon, 13 Nov 2017

WEDDING DRESS YUNA?

Beberapa hari lepas penyanyi tinggi lampai yang selalu mencipta fenomena ini telah memuat naik status di twitter nya sebagai “baru sahaja membeli fabrik untuk baju perkahwinan saya.”

Hiburan Wed, 16 May 2018

Jimin BTS Terima Ugutan Bunuh!

Jimin dilaporkan menerima ugutan bunuh daripada seorang individu yang tidak dikenali pada konsert yang bakal diadakan pada September ini

Trending Fri, 25 Dec 2020

Tahniah… Tasha Shilla Hamil 5 Bulan!

Wah, hamil anak sulung!

Featured Wed, 24 Dec 2025

“Saya, Isteri & Anak Tak Pernah Kacau Orang, Tapi Orang Selalu Cari Masalah.. Lepastu Buat Video Minta Maaf, Kepala B*na Kau!”- Aaron Aziz

Aaron menegaskan, dia, isteri dan anak-anak tidak pernah mengganggu sesiapa, namun tetap menjadi sasaran provokasi orang luar.

Trending Wed, 5 Aug 2020
error: Content is protected !!