Euforia Bola 2026
Filem By: Padin May 3, 2026 @ 4:17pm

Solekan ‘Pewaris Susuk’ Terlalu Real, Pelakon Sendiri Terkejut Lihat Hasil Akhir

Filem seram bukan sekadar bergantung kepada jalan cerita menakutkan, tetapi juga visual yang mampu membuat penonton rasa seolah-olah apa yang dilihat benar-benar wujud. Elemen itulah yang cuba dibawakan menerusi filem Pewaris Susuk menerusi sentuhan juru solek kesan khas, Nur Atiqah Abdul Hadei.

Memiliki pengalaman hampir sembilan tahun dalam bidang solekan kesan khas, Nur Atiqah mengakui cabaran terbesar bukan sekadar menghasilkan visual ngeri, tetapi memastikan setiap kesan tampak hidup dan meyakinkan di layar.

Menurutnya, antara cabaran paling besar sepanjang penggambaran adalah melibatkan watak Ayu yang dilakonkan pelakon kanak-kanak, Dayang Fajra.

“Bahagian paling mencabar bila melibatkan watak kanak-kanak yang dirasuk. Proses solekan khas ini bukan mudah sebab ia memerlukan masa yang lama dan kita juga perlu menjaga keselesaan mereka sepanjang proses itu,” katanya.

Tambahnya, hanya untuk memasang kanta lekap hitam pada mata pelakon sahaja sudah mengambil masa hampir sejam sebelum proses solekan lain dimulakan.

Menariknya, di sebalik hasil visual yang menyeramkan dan terperinci, teknik yang digunakan sebenarnya cukup sederhana. Nur Atiqah mendedahkan dia hanya menggunakan gabungan bahan asas seperti tepung dan vaselin untuk menghasilkan kesan luka, calar serta cakar pada kulit.

Katanya lagi, salah satu adegan paling sukar dihasilkan ialah babak kesan paku menggores pipi pelakon kerana bahan yang digunakan sangat sensitif dan hanya boleh dipakai sekali sahaja.

“SFX untuk babak itu sangat fragile. Jadi semuanya kena dibuat dengan sangat teliti sebab kalau rosak, memang perlu ulang semula dari awal,” jelasnya.

Sementara itu, pelakon Che Puan Sarimah Ibrahim yang membawakan watak Seroja turut melalui pengalaman unik sepanjang penggambaran apabila tidak dibenarkan melihat proses solekan di hadapan cermin.

Nur Atiqah sengaja menyimpan hasil akhir tersebut sehingga semuanya siap sepenuhnya sebelum menunjukkan transformasi watak itu.

“Bila dia tengok cermin selepas siap, reaksi dia memang terkejut dan excited. Walaupun babak yang dijayakan agak berat, dia tetap tenang dan terus bersemangat untuk sambung penggambaran,” katanya.

Gabungan kreativiti, ketelitian dan keberanian bereksperimen menjadikan Pewaris Susuk bukan sekadar filem seram biasa, tetapi sebuah pengalaman visual yang cukup mengganggu emosi penonton.

Pewaris Susuk kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara. Untuk perkembangan terkini, peminat boleh mengikuti media sosial rasmi filem tersebut menerusi platform Facebook, Instagram, X dan YouTube Primeworks Studios.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 2 May 2026
Trending Wed, 7 Nov 2018

Safiq Rahim Minta Netizen Henti Spekulasi Pengundurannya

Jika ada rezeki saya akan kembali kerana JDT sentiasa membuka pintu kepada saya dan pemain yang lain untuk kembali.

Hiburan Fri, 11 Oct 2019

郭修彧:人生唯一不变的就是改变

带着第二张个人创作专辑《盲点》回马宣传的Shio郭修彧,相较于早期出道的她,这趟的回马之旅似乎变得「真正的」开朗健谈……

Trending Mon, 22 Jan 2018

Gadis Sesat 19 Hari Di Gunung Tahan 9 Tahun Lalu

“Saya Hanya Terbayang Orang Jumpa Mayat Saya Terapung,” Kisah Saat Getir Gadis Sesat 19 Hari Di Gunung Tahan 9 Tahun Lalu

Featured Wed, 27 Apr 2022
Featured Wed, 28 Sep 2022

Tular Video Selawat Bersama Farhatul Fairuzah: “Banyak Lagi Kena Belajar Ni” – Siti Nurhaliza

Ya Allah, merdunya Siti Nurhaliza dengan Ustazah Farhatul berselawat 🥰🥰 Banyak kali min repeat 🤩

Trending Fri, 28 Dec 2018

Indonesia Tingkatkan Status Berjaga-Jaga Gunung Berapi

Pemindahan secara besar-besaran yang telah dilaksana membabitkan kira-kira 20,000 orang, berdasarkan angka pada Rabu.

error: Content is protected !!