Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida November 7, 2018 @ 3:18pm

Safiq Rahim Minta Netizen Henti Spekulasi Pengundurannya

Selepas pemain bola sepak terkemuka, Safiq Rahim memutuskan meninggalkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), sudah tentu ramai penyokongnya yang terkejut.

Safiq antara bekas kapten terbaik dan pemain untuk beberapa kelab bola sepak tempatan mengaku keputusannya berundur tidak dipengaruhi mana-mana pihak.

“ Saya ingin tegaskan di sini, tiada apa-apa atau sesiapa yang mempengaruhi pemergian saya dari JDT. Tidak ada kena mengena dengan sesiapa.

“ Ia adalah keputusan bersama demi kepentingan kelab dan saya sendiri. Jangan ada pihak yang sesuka hati membuat spekulasi sendiri hingga memburukkan keadaan antara dua pihak,” tulisnya di laman Instagram, sebentar tadi.

Kata pemain bola sepak berusia 31 tahun ini, tidak mustahil untuk dirinya kembali bermain di JDT pada masa akan datang.

“ Jika ada rezeki saya akan kembali kerana JDT sentiasa membuka pintu kepada saya dan pemain yang lain untuk kembali.

“ Saya mengucapkan terima kasih kepada kelab terutama sekali Tunku Mahkota Johor yang mempercayai saya selama ini banyak membantu saya dan keluarga saya.

“ Enam tahun mungkin tak cukup untuk saya balas budi baik tunku dan pasukan JDT. Ia adalah satu penghargaan terbesar dapat bersama dalam Keluarga JDT dan mengecapi kejuaraan bersama. Terima kasih semua termasuk penyokong Merah Biru,” akhirinya.

Dalam masa sama, terdapat juga laporan mengatakan Safiq berkemungkinan bermain untuk kelab luar negara.

Safiq yang menyertai JDT pada 2013 membantu pasukan merangkul kejuaraan utama iaitu Liga Super sebanyak lima kali berturut-turut sejak 2014, Piala Malaysia 2017, Piala FA 2016 dan Piala AFC 2015.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 2 Dec 2025

Sambut Hari Jadi Bersama Anak Di Jakarta, Puteri Sarah Luah Rasa Syukur – “Untuk Semua Peluang & Pintu Yang Ditutup Untuk Saya…”

Puteri Sarah Liyana menyorot perhatian ramai apabila menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-40 pada Isnin.

Featured Thu, 6 Jul 2023
Trending Tue, 29 Jun 2021
Featured Thu, 20 Nov 2025

Azhar Sulaiman ‘Sumpah’ Kamal Adli Miliki Nasib Baik Persis Fattah Amin

Behar, mendoakan agar Kamal memperoleh rezeki dan nasib baik selepas melalui fasa sukar dalam hidupnya.

Featured Fri, 5 Apr 2024

“Cintailah Allah, Rumah Tangga Akan Selamat”- Ustaz Ahmad Dusuki Titip Pesanan, Minta Pasangan Berkahwin Jangan Sebar Aib Di Media Sosial

Mana yang baik ambil pengajaran dari sudut positif. Masing-masing ada pendapat sendiri bukan?😎

Hiburan Wed, 15 Jan 2025

Artis Popular Cerai Tahun Lalu Dah Rujuk Ketika Masih Dalam Idah?

Artis popular cerai rujuk kembali ketika masih dalam idah

error: Content is protected !!