Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 17, 2023 @ 5:06pm

“Saya Ditawarkan Nyanyi 4 Lagu…” – Viral Bergelek Sakan Di Kelab Malam, Ini Respons Baby Shima

Penyanyi dangdut, Baby Shima tampil menjawab segala spekulasi berhubung isu tular menari di sebuah kelab malam di Johor Bahru.

Jelasnya, dia ditawarkan untuk menyanyi sebanyak empat lagu dan usai persembahan Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 28, terus beransur pulang.

Dalam masa yang sama, Baby Shima meluahkan rasa kesal apabila terdapat portal melaporkan berita yang seakan mempamerkan dirinya membuat kerja tidak senonoh.

“Persembahan itu berlangsung dalam pusat hiburan di sebuah hotel di Johor Bahru. Saya ditawarkan menyanyi empat lagu dan lepas menyanyi saya balik.

“Tapi cara portal itu memuat naik tajuk amat mengejutkan seolah-olah saya buat kerja tak elok. Nampak sangat niat mereka untuk memburukkan nama saya,” ujarnya.

Tegas Baby Shima, dia tidak terdesak untuk melakukan persembahan percuma (free show) seperti didakwa ramai.

“Saya kan penyanyi dangdut memanglah kena bergelek. Sebelum ini pun sama masa beraksi dalam persembahan lain.

“Saya sebenarnya malas nak panjangkan isu ini tapi kena juga bercakap kerana keterangan gambar mereka amat mengaibkan. Sangat tak seronok dengan apa yang berlaku.

“Saya bukanlah sengkek atau sangat terdesak cari duit sampai sanggup untuk buat ‘show’ seperti yang mereka maksudkan,” jelasnya.

Sementara itu, pelantun lagu Roadblock Hatiku ini juga berkata dia bukan artis pertama yang membuat persembahan di kelab malam hotel tersebut kerana pengurusnya juga pernah mengundang MK K-Clique, Ben Ladin, Zynakal, Kidd Santhe dan ramai lagi.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 15 Jun 2020
Featured Fri, 9 May 2025
Hiburan Thu, 13 Jul 2023
Featured Thu, 5 Jan 2023
Featured Wed, 23 Nov 2022
Trending Fri, 2 Apr 2021

Pengeluaran i-Sinar Beri Impak Positif

Semoga ekonomi negara makin kukuh walaupun masih dalam Krisis Covid-19

Featured Thu, 1 Sep 2022
Trending Tue, 26 Mar 2019
error: Content is protected !!