Featured By: Salma Syahbuddin February 8, 2022 @ 3:00pm

“Please! Janganlah Buat Benda-Benda Bangang Ni Lagi…” – Hattan Bengang, Gimik Melampau Hanya Memalukan Industri

Terkenal dengan sikapnya yang jujur dalam menyuarakan pendapat berkenaan industri nyanyian tanah air, Datuk Hattan, 57,  mengakui terkilan dengan sikap segelintir pihak produksi yang hanya mementingkan keuntungan berbanding maruah industri.

Hattan atau nama sebenarnya, Mohd Shukri Shahabudin berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran video berdurasi dua minit di Instagram miliknya pada Isnin.

Menurutnya, pihak penyiar seharusnya memiliki rasa tanggungjawab dalam mengangkat industri ke satu tahap lebih tinggi dan bagus.

“Pihak penyiar ni, harus ada tanggungjawab untuk mengangkat industri ke satu tahap lebih tinggi dan lebih baik,” katanya.

Selain itu, Hattan tidak menafikan bahawa gimik ataupun kejutan sesuai dengan kontroversi hiburan tanah air mampu memberi kesan yang besar dalam dunia pemasaran namun, kesannya terhadap industri begitu memalukan.

“Pasal apa… semalam saya tengok ramai orang boring, tengok orang ni menyanyi senget benget. Walaupun good or bad, it is still a marketing for you all… tapi bagi industri kita malu tak?

“Ini yang macam saya itu hari… Dalam tu ada peserta Indonesia semua, kalau orang Indonesia tengok macam ni kita punya kualiti penyanyi? Kesian lah dekat yang 11 orang yang bertanding beria-ia,” jelasnya.

“Oh, pasal ada sejuta pengikut you… punya sampah!”

Tidak habis disitu, Hattan juga menganggap jumlah followers tidak menjamin kualiti seseorang artis atau mana-mana pempengaruh media sosial.

Malahan, jati diri dan maruah industri perlu dihormati dan dijaga dengan baik.

“Oh, pasal ada sejuta followers you entitled walaupun macam itu punya standard. Punya sampah!

” Kita kena ada jati diri. Kita kena ada maruah. Maruah penting! Nyanyi -nyanyi juga tapi, maruah very important. Fikirlah berpuluh kali,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mereka Tak Hormat Kita, Kenapa Kita Nak Hormat Mereka?” – Hattan Pegang Prinsip Tidak ‘Angkat’ Lagu Indonesia

Sementara itu, pelantun lagu Biso Bonar ini berharap agar pihak produksi berfikir secara waras sebelum tampil dengan program-program hiburan sebegini.

“Pihak produksi fikir secara waras sebelum buat apa-apa keputusan untuk buat satu-satu program. Please… janganlah buat benda-benda bangang macam ni lagi,” Ujarnya.

Terdahulu, sebuah acara realiti yang disiarkan di sebuah stesen televisyen berbayar m mengejutkan ramai pihak dengan gimik yang dianggap ‘melampau’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hattan (@dato_hattan)

ARTIKEL BERKAITAN:Pergi Berguru Sampai Khatam, Kalau Tak Bersedia Jangan Cuba-Cuba…” Hattan Tampil Beri Komen ‘Pedas’ Kepada…

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Cakap Berdasarkan Fakta, Bukan Memb*bi Buta” – Hattan Lebih Suka Tegur Secara ‘Lantang’ & Bukan Cakap Belakang

ARTIKEL BERKAITAN:“Semua Nak Terlingkup Dah” – Hattan Mohon Beri Bantuan Kepada Rakyat Marhaen

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 6 Nov 2019

E-Wallet Cashbacks, Mesti Beli Deals, Chup Dulu and GUESS IT! King; LAZADA 11.11 One-Day Sale is Back!

Why spend more when you can stretch your Ringgit with unbeatable deals and awesome cashback with Lazada 11.11 One-Day Sale?!

Hiburan Tue, 5 Mar 2019

Yazit Ahmad Buntu Cari Duit Biaya Kos Pembedahan Anak

Bekas pemain dram kumpulan Search, Yazit Ahmad buntu untuk mencari wang bagi membiayai kos rawatan pembedahan jantung anak keudanya, Shahmirnuri. Kata Yazit, pelbagai ikhtiar telah dilakukan termasuklah menjual dua kereta kepunyaanya dan anak sebagai langkah […]

Hiburan Thu, 29 Mar 2018

Ini Boyfriend Baru Elfira Loy!

Gambar yang tular di media sosial menunjukkan mereka keluar makan bersama membuatkan netizen mula membuat spekulasi apakah status sebenar El dan Asyraff Mazlan ini

Hiburan Wed, 18 Oct 2023
Trending Mon, 19 Mar 2018

Tengok Apa Reaksi Camila Cabello Bila Berdepan Dengan ‘Paparazzi’. Kelakar Betul!

Haih, bukan senang nak jadi artis Barat yang popular tau. Memanglah seronok apabila dikenali di seluruh dunia.

Featured Thu, 26 Aug 2021
error: Content is protected !!