#ThrowbackXTRA By: Fatin Nurain November 8, 2023 @ 4:54pm

#ThrowbackXTRA: Imbau Kenangan Ketika Bercinta Di Usia Muda, Tom Gelar Fuad Rahman ‘Playboy B*ngsat’?

Umum mengetahui, pasangan penyanyi Tom dan Fuad Rahman pernah menjalinkan hubungan cinta suatu ketika dahulu sebelum bertemu kembali dan mendirikan rumah tangga.

Kini, pasangan tersebut bakal menimang cahaya mata pertama hasil perkahwinan bersama selepas genap 10 bulan berumah tangga.

Menerusi segmen #ThrowbackXTRA minggu ini, Tom dan Fuad bakal berkongsi kisah percintaan mereka ketika diusia muda.

Baru-baru ini, Tom dan Fuad tampil menjemput pelakon jelita Nadia Brian sebagai cameo yang membawa watak ‘orang ketiga’ untuk persembahan mereka di program Famili Duo Musim Ketiga minggu keempat.

Menurut Fuad, dia agak segan untuk bekerjasama dengan wanita lain selain isterinya, Tom meskipun ianya hanya sekadar persembahan.

Malah, Fuad juga sempat mendedahkan jalan cerita yang dipamerkan dalam persembahan itu menggambarkan dirinya suatu ketika dahulu ketika bersama Tom.

“Saya memang segan dengan perempuan. Konsep persembahan tersebut sebenarnya menggambarkan diri saya satu ketika dahulu bersama Tom pada tahun 2006. Bila kita selalu kerja, ada la yang cuba mendekati.

“Jadi apa yang kami tonjolkan tu adalah sebagai pengajaran dan peringatan untuk saya dan orang ramai memandangkan banyak isu macam ni berlaku.,” katanya.

Mendengar perkongsian suaminya itu, Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram dengan spontannya menggelarkan Fuad sebagai ‘playboy bangsat’.

“Dia macam ‘playboy bangsat’ dulu. Tapi Alhamdulillah, sekarang dia dah okay dah,” jelasnya.

Terdahulu, Tom dan Fuad telah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#ThrowbackXTRA Wed, 30 Aug 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 31 May 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 27 Sep 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 12 Apr 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 24 Apr 2024